Kaki Bengkak Ketika Hamil

pengalaman mengandung ika. kali nie ika nak cerita pasal kaki bengkak pulak ketika hamil. normal la bagi ibu-ibu hamil. tapi bagi ika macam lain macam pulak. hehehe. apa yang pelik ? pelik sebab kebiasaannya yang ika tahu dari orang sekeliling, kaki bengkak nie bila dah hujung-hujung dekat nak bersalin. tapi ika, masuk 7bulan, kaki ika dah start membengkak T_T

mak mertua ika dah mula risau. then, ika bagitahu la bff ika. diorang syorkan urut dan bila tido tu pakai stokin. so, suami ika pon cubalah cara tu. serius memang menjadi. kaki dah makin kurang bengkak. masuk 7bulan tu, ika dah bape kali beli selipar dan kasut baru sebab memang tak muat nak pakai. hahahaha !


masuk 8bulan, kaki dah start bengkak semula dan ika pon dah mula pasrah sebab suami urut pon dah tak jadi ape. hehehe. pegi check up pon memang nurse check. nurse pon dah cakap yang tu edema. tanda nak bersalin dah. so, pasrah je lah ika. bila tengok kaki sendiri rasa alahai comelnya bulat-bulat macam tu. hahahahaha ! tapi kalau bukan mengandung, takmau la bulat camtu. nak dok pon tak selesa.

dalam masa kaki dah mula membengkak nie, suami ika masih jugak urut untuk bagi kurang sikit. serius sangat tak selesa dengan kaki bengkak camtu. tapi demi anak, mama kuatkan jugaklah. bila kaki dah membengkak nie, satu masalah ika adalah ika jadi malas. malas nak berjalan. hahahahahaha ! teruk sungguh haih mama nie :P

pape pon doakan untuk ika ye kawan-kawan. semoga dipermudahkan urusan bersalin ika nanti. doakan jugak ika dan baby keduanya selamat. InshaAllah ^^

2 comments:

  1. In shaa Allah..

    Saya doakan ika dan baby sihat walfiat.. Tenangkan jiwa dan hati selali

    ReplyDelete
  2. pernah jugak bengkak aritu...tp sekejap je la hihihi

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com