Due Date !

kalau ikutkan hari nie adalah tarikh due date ika bersalin. hari raya ketiga. yang nie ika scan kat private clinic. dapat tarikh 27 Jun 2017. tapi masa scan kat klinik kesihatan, ika dapat tarikh due 25 Jun 2017. hari raya pertama. hahahaha ! maka bertabahlah ika :P


kelahiran pertama nie kebanyakan orang cakap yang baby akan lahir awal. tak ramai yang betul-betul ika tarikh due. macam ika, tarikh due ika memang tak boleh nak bagi yang betul sebab period ika memang sangat tak teratur. sebab tu bila scan, dapat macam-macam tarikh. nurse pon pernah pesan suruh standby dua minggu awal dari tarikh due yang klinik bagi dan dua minggu lewat.

kenangan first time dapat tahu tarikh due nie terus tengok kalendar. masa dapat tahu tarikh 27 Jun tu macam lega lah sikit sebab dah raya ketiga masa tu tapi bila scan sekali lagi, dapat tarikh 25 Jun terus rasa macam, "masih ada kah sinar hari raya buat ku ?" hahahahaha. but then, perancangan Allah SWT adalah yang terbaik. dapat sambut raya dengan baby tahun nie. Alhamdulillah :)

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com