Buah Mulberi dan Khasiatnya

korang pernah makan buah mulberi ? tahu tak buah mulberi tu macam mana ? hehehe . ika first time makan buah mulberi nie. officemate ika yang bawak. mula tu takut jugak nak try. tapi try jugak seketul. sedap ! tak masam. ika pon tak pasti officemate ika tu amik kat mana buah mulberi nie. hahahahaha !

buah mulberi nie kalau yang warna merah tu officemate ika cakap masam sikit. kalau yang warna gelap tu rasa dia manis.




buah mulberi nie banyak khasiatnya. ika pon baru tahu. meh ika share dengan korang antara khasiat buah mulberi nie. kredit blog, http://suteraungu87.blogspot.my/2013/11/khasiat-buah-mulberry.html ^^

 pokok mulberi adalah makanan utama ulat sutera terutamanya daunnya. maka, disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok mulberi dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.

 buah mulberi mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. daun mulberi pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. biji mulberi mengandungi ureas.

 kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

 bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. secara tradisionalnya, buah mulberi telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

 buah mulberi turut digunakan untuk merawat masalah ketidakbolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.

 buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

 buah mulberi juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka akan kering dan lidah terasa panas adalah elok untuk makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.

 buah mulberi ini juga sesuai kepada yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi.

 buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. dikatakan dengan memakan buah mulberi, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.

 wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. ubat kebas tangan dan kaki.

 daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.

 bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.

 jika mengalami masalah tangan atau kaki, bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudian, gosokkan pada bahagian yang kebas.

 akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembunagan air kecil dan radang. air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.

 ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com