Nak Beli Rumah ?

life goals ika adalah sebelum masuk umur 30 tahun, ika nak dapatkan sebijik rumah. sebijik. hehehe. nak dua bijik belum mampu. nak dapatkan sebijik pon bukan senang. orang cakap bila keje gov nie senang nak buat loan, senang nak beli rumah, senang nak itu, senang nak ini. tapi ika rasa tak senang pon. sama je sebenarnya.

bulan April yang lepas, keluar lagi satu isu berkenaan potongan dalam slip gaji. for sure ika pon terkena tempias. dalam masa ika tengah berkira-kira nak beli sebijik rumah, keluar pulak isu macam nie. down terus. hahahaahaha ! ye lah. gaji ika bukan besar mana pon. bila gov dah hadkan sampai 60% sahaja potongan dalam slip gaji, yang lebihnya kena bayar sendiri, memang susah la.


nak bayar untuk rumah pon dah berapa ratus. rasanya adalah dalam 1k untuk rumah saje. memang 60% tu habis untuk rumah sahaja lah. hahahahaha ! udah la sekarang pon ika memang ada potongan dalam slip gaji. mana taknya. potongan ptptn ohoii. macam mana la nak dapatkan rumah nie. sekarang dah 27 tahun. ada lah lagi 3 tahun kena usaha dapatkan sebijik rumah :P

dalam pada nak dapatkan rumah nie, ika selalu la masuk 3 laman web nie. ada jugak yang ika isi. yang ika selalu isi adalah PPA1M. dah 3 kali isi, tiga-tiga tu memang ditawarkan tapi terpaksa tolak. heeee




pape pon, doakan ika dan suami berjaya lah ye dapat sebijik rumah. InshaAllah ada rezeki kami suami isteri nanti. bila ada rumah sendiri barulah seronok nak deko-deko rumah. tak sabar sebenarnya nak dok rumah sendiri. hehehe. tambah pulak tak lama dah nak dapat baby. mudah-mudahan ada la rezeki kami.
Read More

Autumnz Milk Storage Bottle 5oz - 10 Bottles + 5pcs Ziplock Bags | Shopee

online shopping untuk kesekian kalinya lagi. hikss. sejak dah ada baby nie, memang keje nak shopping je. hahahahaha ! padahal sebelum ada baby pon, memang kaki shopping online. so, kali nie ika nak share dengan korang satu lagi barang baby yang ika beli secara online. ika beli Autumz Milk Storage Bottle. kalau korang nak tengok barang nie, boleh tengok kat sini, https://shopee.com.my/product/12121967/227265942/

ika sebenarnya suka dengan produk Autumz nie. mula tu ada la jugak berangan nak beli dia punya pam susu tapi bila tengok harga, hold dulu lah. hahahaa ! kita pakai yang murah-murah je lah dulu. ok, berbalik pada Milk Storage Bottle nie, ika beli kat kedai BabySense di Shopee. korang boleh klik sini, https://shopee.com.my/ooijack. ika beli dengan harga RM35.00 tidak termasuk pos.



Autumnz Breastmilk Storage Bottles is specially designed for safe and extended storage of breastmilk. Features:
Safe & Non toxic (BPA free and Phthalates Free)
US FDA approved material for safe storage
Made of 100% food grade polypropylene (PP) for safe & longer storage
Compatible with most standard breastpumps (Spectra (Standard Neck breast shield only), Ameda, Autumnz, etc) – can pump directly into the bottle
Embossed ounce/ml markings for durability
1 Box includes: 10 x 5oz PP Breastmilk Storage Bottles ; 10 x Screw Rings ;10 x Sealing Discs


Milk Storage Bottle nie ade 7 pilihan warna. mulanya ika amik warna lain tapi disebabkan warna tu dah habis, makanya ika pilih yang warna Sweeties 'Baby Pink' macam gambar kat atas nie. antara pilihan warna yang ada ialah Best Milk Ever 'Pink', Best Milk Ever 'Purple', Ellie 'Baby Blue', Celebration Time 'Baby Pink', Best Milk Ever 'Baby Blue', Sweeties 'Baby Pink' dan Purple Owl. kalau korang nak tengok macam mana warna dan corak botol tu, boleh la klik sini, https://shopee.com.my/product/12121967/227265942/. happy shopping korang ! >.<


Read More

Pureen Baby Wipes Fragrance Free 2X100s | Lazada

entry kali nie nak share satu lagi barang baby yang ike beli secara online di Lazada. kebanyakan barang memang ika beli sama ada di Lazada ataupun Shopee. banyak pilihan. hehehehe. makanya, baru-baru nie ika beli Pureen Baby Wipes Fragrance. ika dh beli yang dalam botol tapi ika beli yang dalam plastik macam nie plak untuk masukkan dalam beg. yang dalam botol tu senang kat rumah. jenuh la nak angkut botol masuk dalam beg. hahahahahaha!

ika beli yang nie dengan harga RM14.90 untuk 100keping dan dapat la dua ketul. bagi ika murah la harganya untuk orang pemalas macam ika. hehehehe




Product Details :

 Made of soft and thick cottony material
 Gently and effectively cleans your baby's delicate skin

 Fragrance Free
 Gentle on skin even for sensitive skin

 Alcohol Free & Paraben Free
 Does not irritate your baby's delicate skin

 Hypoallergenic & Dermatologically Tested
 Proven not to induce skin irritation and allergic reaction when used on allergic skin

 Enriched with soothing Aloe Vera and moisturising Vitamin E
 Protect and care for the skin

kalau korang nak tengok produk nie kat Lazada, boleh klik link yang nie, https://www.lazada.com.my/pureen-baby-wipes-fragrance-free-2x100s-26670590.html sementara stok masih ada. kebanyakan barang baby yang ika beli adalah daripada Pureen. entah kenapa berkenan sangat kat barang Pureen nie. hehehe
Read More

Due Date !

kalau ikutkan hari nie adalah tarikh due date ika bersalin. hari raya ketiga. yang nie ika scan kat private clinic. dapat tarikh 27 Jun 2017. tapi masa scan kat klinik kesihatan, ika dapat tarikh due 25 Jun 2017. hari raya pertama. hahahaha ! maka bertabahlah ika :P


kelahiran pertama nie kebanyakan orang cakap yang baby akan lahir awal. tak ramai yang betul-betul ika tarikh due. macam ika, tarikh due ika memang tak boleh nak bagi yang betul sebab period ika memang sangat tak teratur. sebab tu bila scan, dapat macam-macam tarikh. nurse pon pernah pesan suruh standby dua minggu awal dari tarikh due yang klinik bagi dan dua minggu lewat.

kenangan first time dapat tahu tarikh due nie terus tengok kalendar. masa dapat tahu tarikh 27 Jun tu macam lega lah sikit sebab dah raya ketiga masa tu tapi bila scan sekali lagi, dapat tarikh 25 Jun terus rasa macam, "masih ada kah sinar hari raya buat ku ?" hahahahaha. but then, perancangan Allah SWT adalah yang terbaik. dapat sambut raya dengan baby tahun nie. Alhamdulillah :)
Read More

Pigeon Wide Neck SoftTouch PP Bottle 160ml | Shopee

kali nie ika nak share botol susu yang ika belikan untuk baby ika. sebelum beli, ika ada lah tanya ibu-ibu yang berpengalaman nie berkenaan botol susu yang sesuai untuk baby. kalau boleh ika taknak la bagi botol susu yang buatkan baby terus taknak breastfeed dengan kita. makanya, kenalah cari botol susu yang buat baby tak confuse. hehehehe.

ika kalau boleh nak bf baby ika sampai umur 2 tahun kalau diizinkan. bos kat tempat keje ika tu dah jadi inspirasi ika. hahahaha ! dia walaupun keje sibuk mana pon masih boleh susukan baby dia sampai umur 2 tahun.

setelah diteliti beberapa botol susu, akhirnya ika buat keputusan untuk pilih botol susu jenama Pigeon. walaupun harganya agak mahal bagi ika. hahahaha ! namun ku gagahkan juga demi anak tersayang. for sure la nak yang terbaik untuk baby. akhirnya, ika beli Pigeon Wide Neck SoftTouch PP Bottle 160ml. 160ml tu yang paling kecik ika rasa untuk yang Wide Neck.



ika beli botol susu nie dekat Shopee. kalau korang nak tengok botol susu yang ika beli nie kat Shopee, boleh klik sini, https://shopee.com.my/product/4882870/154749696/. kat Shopee tu, ika beli di kedai JaneLToh. kalau nak tengok kedai dia, boleh klik sini, https://shopee.com.my/janeltohmeh ika share sikit la berkenaan botol susu Pigeon yang ika beli nie.

Uses :
Pigeon Nursing Bottle with SoftTouch Peristaltic PLUS Nipple ensures your baby gets your precious breast milk even when you are apart.

Description :
 Allows baby to use natural feeding motion learned at the breast.
 SoftTouch Peristaltic PLUS Nipple is 100% silicone, super soft and flexible to allow for natural and smooth tongue movement.
 Air Ventilation System (AVS) reduces intake of gas, a potential cause of colic.
 Bottle shape is easy to hold
 Specially designed roll-free bottle hoods
 Bottle is made from Polypropylene (PP) material which is durable and lightweight
 BPA Free

doakanlah baby ika boleh terima botol susu Pigeon nie ye kawan-kawan. bulan 10 nanti dah nak kena keje semula. 3 bulan nie kenalah ajar dia pakai botol susu jugak. hehehe
Read More

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017 !


ika nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog ika. di kesempatan ini ika memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. semoga hari raya kali nie lebih bermakna buat korang semua. Selamat Hari Raya !
Read More

Bengkung Zig Zag Berzip | Set Berpantang Danita

shopping online lagik ! hehehe. betapa teruk simptom mak-mak dapat dekat ika nie. nak berjalan cari barang tapi pemalasnya sungguh keterlaluan. hahahaha ! makanya, kita shopping online saje lah. senang ! kali nie ika beli bengkung zig zag berzip memandangkan tak lama dah nak bersalin. so, standby la awal-awal. takpe lah kena keluarkan duit sikit. nanti lepas pakai, boleh simpan. mana tahu kot bersalin lagi lepas nie. eh !


ika beli bengkung zig zag berzip nie di Facebook Set Berpantang Danita. harga masa ika beli ialah RM70 sebab ika amik yang free size fit untuk M-XL. harga tak termasuk pos.

meh la ika share sikit kelebihan bengkung zig zag berzip nie :
mudah dan selesa dipakai
mengikut saiz pinggang sebelum preggy
diperbuat daripada kain yang tebal
mudah dibersihkan
mudah untuk ke tandas
mempunyai 3 saiz ( Saiz S, Free Size (muat M-XL) dan saiz XXL)
material kain belacu dan cotton coklat ditengah untuk mengelakkan kesan kotoran pemakaian param atau krim pelangsing.




kalau korang berminat untuk dapatkan bengkung zig zag berzip nie, boleh la whatsapp http://www.wasap.my/60192080948 .

Danita
7-1, Jalan 5/6,
Bandar Rinching Business Park,
43500 Semenyih, Selangor.

Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com