Surah-Surah Amalan Sepanjang Mengandung

masa awal-awal tahu mengandung dulu, bos ika ada bagi ika buku surah amalan sepanjang mengandung. tapi buku tu dah uzur. bos suruh ika baiki la semula bagi cantik-cantik. buku tu memang bos ika yang punya. pengalaman dia dah melahirkan 4 orang anak yang comel semua. hehehehe. maka, dengan itu, ika pon DIY la semula buku tu.



dalam buku surah amalan sepanjang mengandung nie, ika masukkan :

Surah Al Fatihah
terang hati dan kuat ingatan

Surah Maryam
ibu mudah bersalin dan anak yang sabar dan taat

Surah Luqman
mendapat anak yang bijak dan cerdik jiwa

Surah Yusuf
anak yang dilahirkan cantik rupa dan indah akhlak

Surah Hujurat
ibu mengeluarkan banyak susu dan anak yang bersifat berhati-hati

Surah Yaasin
ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

Surah At Taubah
membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat

Surah An Nahl
anak yang berdisiplin seperti lebah

ika print saiz separuh A4. itupon ika kecilkan lagi saiz tu. ika potong lagi bagi kecik senang nak sumbat masuk dalam beg. lepas print, ika buat macam buku skrap. nak bagi senang untuk belek-belek. untuk taknak bagi buku nie rosak, ika laminate dia punya muka depan dan bahagian belakang tu. bagi keras. so, takde la rosak. nanti kalau mengandung lagi, masih boleh guna pakai.

oh ya ! selain surah kat atas nie, ika ada masukkan jugak beberapa doa untuk amalan sepanjang mengandung nie. kalau korang google, mungkin korang akan jumpa la beberapa buku amalan sepanjang mengandung nie tapi disebabkan ika nie excited, ika buat la sendiri. hasil dari DIY yang bos ika bagi. puas hati sebab buat ikut apa yang ika nak >.<

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com