Pregnant ! | Minggu 36


Minggu 36

Bayi Anda
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.

Tubuh Anda
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Alhamdulillah. dah masuk minggu ke 36 ika mengandung. di minggu ke 36 nie ika ada check up di dua klinik. klinik desa dan klinik kesihatan. macam biasa, pagi-pagi dah terpacak depan klinik. Alhamdulillah baby sihat walafiat. berat baby dah 2.7kg. hehehe. saje lah tanya doktor berape berat baby. berat mama baby toksah la ditanya, berat sungguh. hahahahaha !

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com