Pregnant ! | Minggu 33


Minggu 33

Bayi Anda
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. Ukuran janin kini berukuran 41.5 sm dengan berat 1.8 kg.

Tubuh Anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

di minggu 33 nie ika takde ape pon yang hendak dikongsikan melainkan berat badan ika yang makin hari makin bertambah. sepanjang mengandung, ika dah naik 6.5kg. mungkin sikit bagi sesetengah orang sebab ade yang naik lebih 10kg. ika yang naik baru 6.5kg nie pon dah terasa lain sangat dengan badan sendiri. nak berjalan pon mengah. 

ika dah stopkan keje luar. suami pon dah tak bagi buat keje luar. so, ika dok ofis je lah menunggu hari bersalin. hahahaha ! jangan bersalin kat ofis dah la ye ika. sebenarnya ika sendiri pon dah tak larat sangat dah :P

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com