Perubahan Suara Ketika Hamil

disebabkan ini adalah kali pertama ika mengandung, makanya ika nak simpan segala bagai kenangan sepanjang ika mengandung nie kat blog tersayang. dah macam diari blog nie. hahahahaha ! so, kali nie ika nak share perubahan suara yang ika alami semasa mengandung.

benda nie jadi kat ika masa kandungan dah masuk bulan ke 7. apa yang ika perasan, suara ika mula berubah lepas ika kena asthma attack. ingatkan effect asthma ke hape tapi sampai sekarang pon suara tetap sama macam tu. maknanya suara dah jadi lain la. disebabkan ika nie pertama kali mengandung, ika jadi curious dengan semua benda yang jadi kat ika. hehehe. penyudahnya, ika google.


dan ika terjumpa satu artikel tu dia tulis :

Saat hamil suara kamu akan jadi berubah. Ini berlaku seiring dengan peningkatan kadar estrogen dan progestrone yang membuat pita suara boleh membengkak. Sehingga suara kamu akan terdengar seperti suara remaja lelaki yang baru meningkat dewasa.

dan serius memang benda nie yang jadi kat ika. suara dah macam laki. hahahahaha ! sekarang dah 8bulan. suara masih garau. dah macam bukan suara sendiri. kadang tu rasa macam sakit tekak. niat di hati nak kurangkan ais tapi apakan daya, ais itu sungguh menggiurkan. wakakakaka ! doakan la ye suara ika kembali normal semula. hikss

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com