Persiapan Mama & Baby

baru settle beli barang ika dan baby. barang baby tu ika dan suami beli sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. dan belilah time sale ye kawan-kawan. hahahaha ! tapi sebenarnya itu pon ada lagi yang kami tak beli. kami target untuk beli lepas baby dah lahir.


barang baby kebanyakan kami beli sendiri. google checklist dan beli yang mana kami rasa penting dan perlu. heeee. itupon kami beli sikit-sikit start dari mengandung 5 bulan. bila dah masuk 7 bulan ke 8 bulan, barang dah complete. disebabkan ika nie ada masalah tarikh due tak menentu, ika dan suami amik inisiatif untuk prepare awal.

lagi pulak ika masa 7 bulan, kaki dah mula bengkak. muka pon sama. tambah pulak hidung. bengkak kemain. dah macam orang nak beranak. mak mertua ika pon dah tak bagi pegi jalan jauh-jauh. sama jugak dengan suami ika. dipesannya benda yang sama. pastu yang penting, fon mesti ada sentiasa. mak mertua ika bukan ape, dia dah risau tengok ika. hahahaha !

kalau dah mak mertua ika risau, ika lagilah risau dengan diri sendiri. kadang tu terfikir jugak kot terberanak kat ofis. hahahaha ! sebab ika malas nak amik cuti awal. due date ika tak menentu. amik cuti awal, kang tak bersalin. rugi pulak cuti. cuti banyak lagi nak pakai lepas dah habis cuti bersalin nanti. nanti nak cuti bawak anak p klinik lagi. so, marilah kita simpan cuti. hikss

2 comments:

  1. Simpan cuti untuk dipakai selepas bersalin nanti ��

    ReplyDelete
  2. tak sabarnye aunty ni nk jumpe Naabaa junior ni nnt

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com