Pemantauan Kawalan Glukosa Dalam Darah (BSP) | Kali Pertama

ika minum air gula di minggu ke 28. sekarang ika dah di minggu ke 33. pengalaman ika minum air gula bagi ika takde la teruk sangat macam yang orang lain alami. mungkin air gula ika tu ade perisa. hahahaha ! tapi jenuh jugakla nak habiskan segelas tu. cuma bagi ika takde la rasa nak termuntah atau pening ke ape. Alhamdulillah dipermudahkan part yang tu. ika cuma takut kena cucuk je. hehehehe

keputusan air gula ika haritu memang sah ade kencing manis. wakakakakaka ! nurse call suruh buat BSP. maka kenalah buat. demi kesejahteraan ibu dan anak. so, pada 19 April yang lepas, buat pertama kalinya ika buat pemantauan kawalan glukosa dalam darah (BSP) nie kat diri sendiri. ewahhhhh. ye sangat la ika buat sendiri :P




keputusan BSP ika untuk pertama kali ika buat adalah 4.6 | 4.9 | 4.6 | 4.2 . ika buat pukul 8pagi, 12.00 tengahari, 6.00 petang dan 9.30 malam. yang malam tu lewat sikit ika buat sebab suami takde kat rumah nak tolong amik darah kat jari. ingat ika berani sangat ke ? hahahahaahha ! yang nie semua check sendiri je pakai alat ofismate. terima kasih kak +noorhaidaz eyda ^^

doktor haritu nak suggestkan ika minum sekali lagi. tapi bila dia tengok berat ika takde la naik sangat, dia cakap tak payah dah. sebab ada ika dengar setengah orang tu sampai dua kali kena minum air gula. haiii lah. ika harap sangat la ika tak kena minum sampai dua kali. harap sangat dipermudahkan >.<


2 comments:

  1. Semoga dipermudahkan semuanya sehingga bersalin nanti..
    Sha paling tak suka minum air gula.. Memang nak keluar balik je.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....semoga dipermudahkan urusan Ika ya..lama tak jenguk sini

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com