naik 9kg !

entry kali nie nak story pasal ika la pulak. asyik dok promote barang online je kan? hahahaha. so, meh la ika share perubahan mendadak ika sepanjang mengandung nie.


gambar kat atas nie yang belah kiri tu masa belum mengandung lagi. masa tu berat dalam 60-62 kg macam tu la. yes ! memang ika gemuk. kalau ikut bmi memang berat berlebihan la. hahahahaha ! masa ika mula-mula buat buku mengandung, berat ika adalah 62.5kg. masa buat buku tu ika mengandung masuk 3 bulan dah kalau tak silap ika.

yang gambar sebelah kiri tu gambar ika masa ika mengandung masuk 8 bulan. masa tu berat ika 69kg ! berat ika sepanjang mengandung naik sebanyak 6.5 kg tapi kalau korang tengok, nampak macam berkilo-kilo naiknya. kuikuikui.

masa ika mengandung 7 bulan, habis semua dah start membengkak. kaki, jari tangan, hidung, muka... semua dah bengkak. dah macam nak bersalin orang tengok. mak mertua ika lagilah risau tengok ika macam tu. hehehehe. ada yang cakap mungkin sebab ika pertama kali mengandung, sebab tu lain macam sikit.

ika sebenarnya tak kisah pon berat naik banyak mana sepanjang mengandung nie sebab fikir tengah bawak baby. Alhamdulillah suami ika pon takde la dok kutuk ke hape bini dia nie. hahahahaha ! dia pulak yang over excited tengok ika dah bulat. comel katanya. comel la sangat bulat-bulat nie :P

bila tengok gambar suami ika amik tu, memang terkejut sungguh. lain sangat kott. hahahahaha ! pastu dok gelak kat diri sendiri. macam tak percaya tu ika. pasrah je lah. nanti kena pantang betul-betul. InshaaAllah. nak kurus ! :P

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com