mengidam durian ke ?

dah masuk minggu ke 33 nie dah tak rasa mengidam ape. hahahaha ! yang mana ade depan mata, telan je semua. nak dijadikan cerita, ika pernah la bagitahu suami ika yang ika nak makan durian walaupun sikit. awal mengandung memang mak mertua ika tak bagi makan durian nie. bila dah masuk 7bulan ke atas, baru dia bagi makan durian.

tapi bila ika dah 7bulan, bukan musim durian. huhuhuhu. nak dapatkan sebijik durian tu memang susah la. lastnya ika cakap la kat suami yang tak dapat makan durian pon takpe la :P


serius memang dah lupa pon keinginan nak makan durian tu. tapi baru-baru nie suami ika pulak yang beriya nak makan durian. hahahaahaha ! lastnya dibeli jugak la sebijik. disebabkan bukan musim, harga memang cekik darah la. yang nie suami ika beli rm40 sebijik ohoiii. takpe la bang. dah teringin sangat kan :P

ika dah bape kali update entry pasal durian sebab ika nie memang hantu durian. hahahahaha ! korang boleh baca entry durian tu kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2015/07/durian.html dan kat sini jugak, http://www.nooratikahramli.com/2016/06/durian.html. berbalik kepada durian rm40 sebijik tu, suami beli masa kitorang otw balik Ipoh dari Semanggol. sampai rumah je terus haaaa dia makan. hahahahahaha ! tak tahu la sape yang mengidam sebenarnya.

ika makan sikit je takut jugak efek kat baby ke hape nanti. dah la takde pengalaman. so, makan sikit je lah. amik rasa. yang lain tu suami habiskan. Alhamdulillah. sedap isinya sesedap harganya. rasa berbaloi la dengan harga rm40 tu. puas hati. tunggu dah habis pantang pulak kita pulun makan durian ye ika :P

2 comments:

  1. Mak mertua Sha dulu pun tak bagi makan durian masa awal kandungan.. Petuamorang tu nie bagus kita ikut walaupun zaman dah moden sebab ada sebabnya mengapa dilarang..
    Kalau bukan musim, harga dia memang mahal sesangat..

    ReplyDelete
  2. Sebiji rm40 ye...durian jenis apa tu...??
    Husna pernah juga teringin nak mkn durian...tp masa tu kandungan dah masuk 8bulan...sebiji rm35...durian king..dpt mkn tu mmg puas sgt kan...hihihi..

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com