Mei 2017 !

Alhamdulillah ! Mei 2017 sudah. sekejap je masa berlalu. sekarang ika dah di minggu ke 32. ika pon tak tahu sampai minggu ke berapa ika mampu update blog ika nie. heeee. pape pon doakan ye untuk ika.


seperti biasa setiap bulan macam nie la rupa planner ika. print siap-siap time hujung bulan. pastu tampal kat meja ofis. senang untuk ika dan jugak orang lain tengok pergerakan ika. kadang tu ika tak sempat nak maklum kat ofismate. so, diorang boleh la tengok kat planner ika nie.

bila dah masuk 8 bulan nie, maka makin kerap la ika ke klinik. check up itu ini. ika sendiri pon sebenarnya belum bersedia. berdebar tu takyah cakap la. sentiasa ada. tapi ika selalu pesan kat diri sendiri kalau orang lain boleh, kenapa ika tak boleh. kalau mama ika boleh lahirkan sampai 8 orang anak, kenapa ika tak boleh lahirkan sorang anak nie. ika kena kuat. semakin dekat tarikh, semakin jadi hati tisu. hahahaha ! sabar je lah ika nie :P

29 Mei nanti, maka genaplah 7 tahun pemergian arwah papa. ika selalu rindukan papa. pernah beberapa kali ika mimpikan papa masa ika tengah mengandung. ika doakan papa sentiasa di bawah rahmatNya. ika rindu papa. Al Fatihah

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com