Laundry Goodies : 3 Tier Clothes Hanging & Drying Rack | Lazada

simptom mak-mak belum habis lagi melekat dekat ika. hehehehe. kali nie ika nak share satu lagi barang yang ika beli online di Lazada iaitu Laundry Goodies : 3 Tier Clothes Hanging & Drying Rack. nama ringkasnya ampaian baju. hahahahaha !

jujur nak bagitahu kat rumah sewa ika takdak pon ampaian yang jenis lipat-lipat nie. tuan rumah ada lah buat tempat sidai kain kat belakang rumah. jenis lipat-lipat camni kena beli sendiri. dan disebabkan nak basuh baju baby, mak baby pon gigihla beli ampaian macam nie. senang nanti.


kalau korang nak tengok kat Lazada, boleh klik sini https://www.lazada.com.my/laundry-goodies-3-tier-clothes-hanging-amp-drying-rack-with-freejeans-hanger-20367945.html sementara stok masih ada. kalau ikutkan, banyak je orang jual ampaian nie dengan harga berbeza. yang ika beli nie pada harga RM48 dan free gift Jeans Hanger seketui. boleh la buat gantung seluar jeans ayah baby. eh eh eh


ika dah pasang pon ampaian nie kat rumah. memang puas hati. dia takde la goyang-goyang bila kena angin. hahahaha ! kukuh la bagi ika dan banyak kain baju boleh sidai dalam satu masa tu. ika pakai untuk kain baju baby. memang cukup sebab dia ada 3 tingkat.




oh ye ! nak pasang ampaian nie pon senang je. tak payah nak bertukang sangat lah. korang cantum-cantum je. dah siap ! hehehe. nanti ika berpantang kat rumah mertua, senang ika nak angkut ampaian nie. cabut dan masuk dalam kotak. senang nak pasang dan cabut. hehehehe

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com