Pregnant ! | Minggu 36


Minggu 36

Bayi Anda
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.

Tubuh Anda
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Alhamdulillah. dah masuk minggu ke 36 ika mengandung. di minggu ke 36 nie ika ada check up di dua klinik. klinik desa dan klinik kesihatan. macam biasa, pagi-pagi dah terpacak depan klinik. Alhamdulillah baby sihat walafiat. berat baby dah 2.7kg. hehehe. saje lah tanya doktor berape berat baby. berat mama baby toksah la ditanya, berat sungguh. hahahahaha !
Read More

naik 9kg !

entry kali nie nak story pasal ika la pulak. asyik dok promote barang online je kan? hahahaha. so, meh la ika share perubahan mendadak ika sepanjang mengandung nie.


gambar kat atas nie yang belah kiri tu masa belum mengandung lagi. masa tu berat dalam 60-62 kg macam tu la. yes ! memang ika gemuk. kalau ikut bmi memang berat berlebihan la. hahahahaha ! masa ika mula-mula buat buku mengandung, berat ika adalah 62.5kg. masa buat buku tu ika mengandung masuk 3 bulan dah kalau tak silap ika.

yang gambar sebelah kiri tu gambar ika masa ika mengandung masuk 8 bulan. masa tu berat ika 69kg ! berat ika sepanjang mengandung naik sebanyak 6.5 kg tapi kalau korang tengok, nampak macam berkilo-kilo naiknya. kuikuikui.

masa ika mengandung 7 bulan, habis semua dah start membengkak. kaki, jari tangan, hidung, muka... semua dah bengkak. dah macam nak bersalin orang tengok. mak mertua ika lagilah risau tengok ika macam tu. hehehehe. ada yang cakap mungkin sebab ika pertama kali mengandung, sebab tu lain macam sikit.

ika sebenarnya tak kisah pon berat naik banyak mana sepanjang mengandung nie sebab fikir tengah bawak baby. Alhamdulillah suami ika pon takde la dok kutuk ke hape bini dia nie. hahahahaha ! dia pulak yang over excited tengok ika dah bulat. comel katanya. comel la sangat bulat-bulat nie :P

bila tengok gambar suami ika amik tu, memang terkejut sungguh. lain sangat kott. hahahahaha ! pastu dok gelak kat diri sendiri. macam tak percaya tu ika. pasrah je lah. nanti kena pantang betul-betul. InshaaAllah. nak kurus ! :P
Read More

7th years already

hari nie, 29 Mei 2017, maka genap la 7 tahun pemergian arwah papa kesayangan ika, kesayangan kami adik beradik, kesayangan mama dan kesayangan semua. pantas masa berlalu. tak sedar. dah 7 tahun arwah papa tinggalkan kami semua.


papa, tak lama lagi papa nak dapat cucu ke 13 dah. papa sempat merasa hanya 3 cucu kan ? 10 orang cucu papa tak sempat jumpa papa. tak sempat nak bermanja dengan papa, atok kesayangan diorang. takpe pa. Insha Allah kita semua akan bertemu di syurga sana :)

Muhammad Ezarif bin Mohd Khairul Hafiza
Muhammad Hezra bin Mohd Khairul Hafiza
Muhammad Faris Haiqal bin Mohd Faizal Firdaus
Nur Farisha Qistina binti Mohd Faizal Firdaus
Nur Farahiyyah Qhusna binti Mohd Faizal Firdaus
Muhammad Firash Iqbal bin Mohd Faizal Firdaus
Nur Filzanah Qaisara binti Mohd Faizal Firdaus
Mohd Faiq Mustaqim bin Mohd Badrul Hisham
Nur Amani Husna binti Herry
Muhammad Aiman Harith bin Herry
Ahmad Eiman Rafael bin Ridhuwan
Ahmad Eizz Rayyan bin Ridhuwan

ramai dah cucu papa. heee. nie ada sorang lagi otw nak keluar. walau ape pon, ika doakan papa gembira dan tenang di sana. kami kat sini sentiasa merindui papa. papa jangan risau ye. Al Fatihah buatmu papa . . 

RAMLI BIN DAUD
25101959 - 29052010
Read More

Set Bersalin ANUGERAH

kali nie ika nak share set bersalin yang ika dah beli untuk berpantang nanti. seriously ika memang takde pengalaman bersalin. so, tak tahu la betapa banyak nye set bersalin yang ada kat pasaran sekarang nie. korang boleh tengok dan pilih yang mana korang rasa sesuai.

macam ika, ika beli Set Bersalin ANUGERAH. yang nie mak mertua ika yang syorkan. so, ika pon turutkan je lah sebab memang takde pengalaman. hehehehe Set Bersalin ANUGERAH nie adalah kombinasi kekuasaaan 30 Juzuk Al Quran, Doa-Doa Pilihan dan Khasiat Herba Tradisional untuk penjagaan ibu dan bayi. so, manfaat nya adalah untuk ibu dan baby. bukan sekadar untuk ibu sahaja.


kotak dia macam kat atas nie. ika beli dekat toko jamu la kot. kat pasaraya. masa ika beli tu, orang kedai bagi harga RM180.00 dekat ika. meh la ika unbox ape yang ada kat dalam Set Bersalin Anugerah nie. kesemua sekali ada 7 barang untuk kegunaan ika dan baby nanti.



korang kalau nak beli atau tengok set bersalin nie, boleh tengok kat fb diorang, https://www.facebook.com/pg/setbersalinanugerah/. boleh survey dulu sebelum beli. hikss


Mandian Herba Sauna

Kembali cergas dan menawan selepas bersalin dengan Mandian Sauna Herba Anugerah. Mengembalikan kecantikan tubuh badan adalah satu kemestian buat ibu-ibu yang bersalin. Angin yang ada di dalam badan perlu dibuang segera untuk mengelakkan meroyan.

Mandian Sauna Herba Anugerah membantu anda mendapatkan bentuk badan yang ideal melalui tindakan haba yang dikenakan semasa anda mandi sauna atau mandi biasa. Ia diperkaya dengan herba-herba tradisional seperti temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk mengembalikan kejelitaan wanita yang bersalin. 

Ia juga membantu :
mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.
membantu mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin.
melancarkan pengaliran darah, menghilangkan masalah keputihan dan menghaluskan tekstur kulit.
dihasilkan daripada temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin



Losyen Sejuta Khasiat

Mendapatkan kulit yang cantik dan gebu adalah impian semua orang terutamanya wanita. Tidak kira apa latar belakang anda, kecantikan adalah sememangnya milik anda. Losyen Sejuta Khasiat Anugerah bukan sekadar losyen biasa untuk kecantikan dan kesihatan tetapi ia mengandungi tiga kombinasi penting yang memberi kesan terbaik kepada anda:

Khasiat 7 herba traditional yang terbukti berkesan untuk mencantikkan kulit dan membantu menghilangkan kesakitan. Haruman Apple Garden yang segar dan sesuai digunakan setiap masa. Tekstur losyen yang lembut, halus, tidak melekit menjadikan ia mudah meresap ke dalam kulit anda dan mempercepatkan proses pemulihan.

Kandungan Losyen Sejuta Khasiat Anugerah :
Ekstrak lengkuas
Ekstrak serai
Ekstrak limau purut
Ekstrak minyak kayu putih
Ekstrak halia
Ekstrak daun bidara
Ekstrak avokado
Menthol
Methyl salicate
Carbomer
Minyak wangi
Air


Minyak Pilis

Minyak Pilis Anugerah - tiada lagi sakit kepala, kabur mata dan penyediaan yang rumit. Urat-urat yang kembang perlu dikendurkan selepas bersalin. Sebab itulah wanita yang berpantang akan mengambil pilis untuk melegakan otot, melancarkan peredaran darah dan menghilangkan sakit kepala.

Pilis yang digunakan perlu dicampur dengan air sebelum memakainya. Sekiranya pilis dibiarkan, ia akan kering dan berterabur di atas lantai.

Anda tidak perlu mengalami masalah tersebut dengan Minyak Pilis Anugerah. Minyak Pilis Anugerah dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara, lengkuas, minyak buah pala dan minyak avokado, herba-herba semulajadi yang bermanfaat untuk kesihatan anda. Ia mudah digunakan dan mudah meresap ke dalam badan. Tiada lagi sakit kepala, kabur mata dan angin. Aromanya yang nyaman menyenangkan anda.

Kandungan Minyak Pilis Anugerah :
Minyak kayu putih
Serai
Cengkih
Halia bara
Lengkuas
Minyak buah pala
Minyak avokado



Minyak BeBe

Bayi Tidur Lena dengan Minyak BeBe' Anugerah. Kerap kali apabila si comel menikmati susu yang diberikan, dia menikmatinya dengan cukup berselera. Habis sahaja dia minum, dia akan terlena dengan nyenyaknya.

Tapi, ada ketika dia menangis teresak-esak walaupun sudah diberikan susu. Dia menolak susu yang diberikan oleh ibunya. Boleh jadi, bayi itu memuntahkan kembali susu yang diminumnya. Jika ini terjadi, ia mungkin disebabkan perut bayi telah dimasukkan angin. Bayi akan kerap menangis akibat beberapa simptom yang digelar kembung perut, angin pasang dan sawan angin.

Oleh itu, si ibu perlu menyapukan minyak angin untuk melegakan perut bayi. Namun, tidak semua minyak angin sesuai untuk kulit bayi. Ada minyak angin yang boleh menyebabkan kulit bayi kemerah-merahan kerana minyak itu tidak sesuai dengan kulit bayi dan mengandungi bahan kimia yang banyak.



Rahsia Kebersihan Wanita

Kekal bersih dan menawan dengan Pembersih Wanita Anugerah - Rahsia Kebersihan Wanita. Setiap wanita berhak mendapatkan pembersih wanita yang selamat digunakan untuk kesihatan bahagian sulitnya dari kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan.

Bertukar kepada pembersih wanita yang mengandungi herba-herba seperti ekstrak sireh, manjakani, ekstrak pinang dan herba serapat. Rahsia Kebersihan Wanita mengandungi bahan-bahan semulajadi yang membersihkan bahagian sulit supaya anda kekal segar, bersih dan berkeyakinan.

Ia juga membantu :
mengetatkan dan merapatkan faraj setelah bersalin agar anda kembali menawan seperti anak dara.
memulihkan luka selepas bersalin.
menyahkan bakteria yang menyebabkan bau di bahagian sulit.
mengembalikan kehangatan hubungan intim suami isteri.

Kandungan Pembersih Wanita Anugerah :
Ekstrak pinang
Ekstrak sireh
Manjakani
Herba serapat



Minyak Sejuta Rahsia

Dalam kitab-kitab perubatan tradisional, terdapat pelbagai jenis herba tradisional yang sering digunakan oleh orang-orang tua dulu untuk merawat penyakit. Ada herba-herba ini yang boleh ditemui di Alam Melayu. Seiring dengan perkembangan zaman, keperluan untuk mendapatkan herba-herba ini semakin meningkat dan satu persatu manfaat lain ditemui.

Herba-herba ini mampu memulihkan sakit kepala, sakit perut, demam, kekejangan otot, sakit sendi, sakit pinggang, ‘ular-ular’ dan sebagainya. Ia sememangnya setanding dengan perubatan moden. Apabila digabungkan dengan kaedah rawatan perubatan, ia menjadi paduan unggul yang bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat. Tiada syak dan ragu lagi terhadap keberkesanannya.

Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini merupakan adunan intipati pelbagai jenis tumbuhan tradisional yang sering digunakan oleh nenek moyang kita untuk membantu mengubati penyakit dan mengembalikan taraf kesihatan anda seperti sediakala.



Minuman Kesihatan Ubat Bijian

Kembali cantik dan menawan selepas bersalin dengan Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah. Mengembalikan kecantikan tubuh badan luaran dan dalaman adalah satu kemestian buat ibu-ibu yang bersalin. Dengan pengambilan makanan yang sesuai semasa berpantang, mendapatkan bentuk tubuh tubuh yang ideal bukan mustahil lagi.

Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah mengandungi herba-herba tradisional seperti temulawak, lada pintal, herba kayu serapat dan tahi angin yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk mengembalikan kejelitaan wanita yang bersalin. 

Ia membantu :
membantu mengecutkan rahim, membuang angin dan toksin serta menghilangkan bisa-bisa di dalam badan.
merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak.
mengurangkan sakit pinggang dan sakit urat.
membantu mengurangkan berat badan.
meningkatkan tenaga dalaman dan melancarkan kembali kitaran haid.

Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com