Tips Pemakanan Ibu Ketika Hamil

entry kali nie ika nak share Tips Pemakanan Ibu Ketika Hamil. yang nie ika jumpa kat surat khabar. hehehehe. so, ika share la kat korang sekali ^^


Pemakanan yang seimbang dan sihat amat penting kepada ibu dan kandungannya. Makanan yang sihat akan melahirkan ibu dan bayi yang sihat. Justeru, ibu yang hamil perlu tahu makanan yang sesuai untuk dirinya. Antara makanan yang perlu ada dalam menu ibu mengandung ialah :

1. Susu
Sekurang-kurangnya satu liter sehari sama ada susu lembu biasa atau susu tepung.

2. Sayuran
Boleh dimasak, dibuat ulam atau sekadar celur dengan air panas. Sekurang-kurangnya sepiring kecil atau semangkuk sekali makan. Tambahkan seketul kentang yang telah dimasak.

3. Buah Buahan
Lebih baik buah perahan (jus) seperti oren atau tomato yang baik untuk vitamin C. Banyak makan buah-buahan memudahkan membuang air besar dan penting untuk mengatasi sembelit.

4. Daging, Ikan atau Ayam
Makan daging lembu, ikan atau ayam sekurang-kurangnya sekali sehari.

5. Sekurang-kurangnya sebiji telur sehari

6. Sepiring nasi sehari

7. Roti yang diletakkan mentega atau marjerin

8. Vitamin D (kalau perlu) menurut nasihat doktor

semua kat atas nie ika telan kecuali Vitamin D. hahahahaha ! paling suka telan sudah semestinya buah. dah jadi macam jajan je. pegi mana mesti bawak buah. buat kudapan gituuu. yang sepiring nasi sehari tu rasanya macam bukan sepiring je. macam berpiring-piring. hehehehe.

pape pon yang kita makan, kena ingat yang khasiatnya nanti anak dalam kandungan pon dapat. jadi, ibu kenalah makan makanan yang berkhasiat. jangan nak makan mengarut sangat. okey ? :P

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com