Pregnant ! | Minggu 31


Minggu 31

Bayi Anda
Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula berasa sakit juka kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.

Tubuh Anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

minggu ke 31 yang sibuk. mana tak nya. minggu lepas seminggu tak masuk ofis. hahahahaah ! serangan asthma punya pasal. minggu nie dah sihat sikit. cuma batuk je tak mau hilang lagi. masuk je ofis memang bertalu-talu la keje. nak kena selesaikan sebelum cuti bersalin. dah tak lama. tak sampai dua bulan lagi kalau ikut tarikh due tapi nurse dah pesan suruh standby awal. heeee

1 comment:

  1. Ramai geng rupa nyer ...Alhamdulillah & Tahniah ...
    Saya dah 35w ... Makin dekat makin serammm plak ....

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com