Pregnant ! | Minggu 30


Minggu 30

Bayi Anda
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. Berat badannya kini boleh mencecah 1.1 kg dan panjangnya lebih kurang 39 sm.

Tubuh Anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.

minggu ke 30. minggu yang paling lemah. demam teruk. kena asthma attack, demam, batuk, selsema. dok melepet je kat rumah dari hari Sabtu sampai hari Selasa. dapat mc dua hari. hari selasa dah tak tahan sangat, suami bawak pegi kecemasan untuk amik nebulizer. terpaksa menyerah jugak sebab memang dah tak boleh nak bernafas dah. pastu dok fikir baby je masa tu.

bila malam makin teruk. dengan tak boleh nak tido. kena tido sambil duduk. tak tahu pukul berape baru boleh lelap. lelap kejap, terjaga sebab batuk. Allahu. rasa macam dugaan bertimpa-timpa. bila ika tak boleh tido, baby pon dok gerak-gerak dalam perut. macam dia pon dok teman ika sekali. doakan ika kuat dan makin kuat sebab sekarang nie memang dah lemah sangat. . .

1 comment:

  1. semoga sis Ika sihat selalu ye, begitu juga for your baby

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com