Pregnant ! | Minggu 29


Minggu 29

Bayi Anda
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Berat bayi kini dalam 1 kg dan ukuran badan mencecah 38 sm.

Tubuh Anda
Anda akan berasa dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula mengeras badan. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring.

minggu ke 29 nie ika ade dua kali check up. satu di Klinik Desa untuk minum air gula. satu lagi kat Klinik Kesihatan untuk check tumbesaran baby sebab sebulan yang lepas, doktor scan cakap baby kecik. so, kali nie nak tengok dia dah besar mana. heee

first nya ika ke Klinik Desa untuk minum air gula. disebabkan nak minum air gula, ika apply la cuti rehat. pagi-pagi la naik skuter p klinik. sampai klinik tengok orang dah ramai. ika ingatkan awal dah ika sampai rupanya ada yang lagi awal. hahahaha ! then, tunggu la turn untuk amik darah dan minum air gula.

disebabkan ika nie memang penakut jarum, nurse bertukar tangan. kikikiki. lepas dah amik darah, kena minum air gula. air gula perisa oren. nasib baikkk ! Alhamdulillah ika berjaya telan dengan jayanya. doakan lah ye result air gula ika tu cantik. lepas dah minum air gula tu, nurse tak bagi balik rumah. ika nie baru je ingat nak balik tido kejap. maka, bertapa lah ika kat klinik tu 2jam untuk amik darah sekali lagi.

esoknya ika ke Klinik Kesihatan pulak untuk scan baby. disebabkan masa scan sebulan yang lepas doktor cakap baby kecik, so, kali nie Alhamdulillah baby dah membesar dengan jayanya. hahahaha! terima kasih sayang ^^ . balik dari klinik kesihatan, doktor suruh p farmasi hospital pulak untuk amik ubat asthma. maka, bergegas lah kami laki bini p hospital pulak. Alhamdulillah nasib lah takyah tunggu lama sangat kat farmasi tu.

Alhamdulillah untuk minggu ke 29 nie ika masih bertahan. doakan ika mampu bertahan ke akhirnya. hehehe. mama kuat barulah baby pon kuat ! doakan semoga dipermudahkan urusan ika ye >.<

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com