Pregnant ! | Minggu 28


Minggu 28

Bayi Anda
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Berat badannya kini mencecah 900 gm.

Tubuh Anda
Payu dara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada coli bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.

dugaan di minggu ke 28. awal minggu ke 28, ika dah mula sakit perut. perut masuk angin. makan sikit ja tapi rasa dah penuh semacam. pastu perut mula mengeras. sakittt. lastnya, suami ika bawak ika ke kecemasan. sampai kecemasan, diorang suruh terus ke Dewan Bersalin sebab ika dah lebih 24 minggu. gigih la kami cari dewan bersalin pulak. sampai kat sana, nurse terus check BP. perghhh ! bp pulak tinggi ya ampunnn malam tu. nurse check baby, ok. Alhamdulillah.

then, tunggu doktor check. so, maybe false contraction katanya. diorang mintak nurse check perut ika setiap 10 minit. sejam jugaklah diorang nak keputusan tu. kalau perut still mengeras lagi, masuk wad la ika. Alhamdulillah, perut pon dah ok. doktor bagi balik rumah. tapi kalau mengeras jugak lagi nanti, diorang suruh terus datang ke dewan bersalin tu. 

dan disebabkan bp ika tinggi, doktor nak ika p check bp setiap selang sehari. waaaaaa ! jenuhhh la ika. minggu ke 28 nie jugak ika ada check up kat klinik ante natal. klinik pakar. ika ke sana sebab ika ada asthma. so, kena refer pakar. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. baby pon ok. mak baby je tak bape nak ok. hahahaha ! tabah la ika. doakan ika ye semua >.<

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com