Placenta Previa

Alhamdulillah, masa check up di minggu ke 29, doktor cakap uri ika dah kat atas. ika ada la baca pasal masalah uri kat bawah tu. takut jugak kan. dah la first time. pape pon, syukur sangat bila doktor cakap yang uri ika dah kat atas. baby pon ok je sihat. Alhamdulillah.

Apa itu Placenta Previa (PP) ?
Apabila kandungan berusia melebihi 28 minggu, kebanyakan uri sudah tertarik ke atas oleh rahim yang semakin membersar. Sekiranya uri masih kekal di bahagian bawah, keadaan ini dipanggil Placenta Previa (PP).


kat atas nie gambar perbezaan antara uri yang dah kat atas dengan uri yang masih lagi kat bawah atau nama lainnya Placenta Previa. Placenta Previa nie ada 4 jenis kesemuanya. korang boleh baca kat bawah nie.


Jenis 1 (Low Lying)
Uri berada di kedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim.

Jenis 2 (Marginal)
Uri berada di bahagian rahim dan pintu rahim.

Jenis 3 (Partial)
Uri menutupi sebahagian pintu rahim.

Jenis 4 (Complete)
Uri menutup keseluruhan pintu rahim.


semoga dipermudahkan urusan bakal-bakal ibu di luar sana. ika doakan semuanya selamat. InshaAllah >.<

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com