DIY Ring File

sejak dah balik semula ke unit asal ika, ika kenalah kemas balik semua fail-fail yang berkaitan kerja ika nie. lagi pulak ika fikir, nanti ika nak cuti bersalin, so, ika amik inisiatif untuk kemas kini semua fail berkaitan bagi memudahkan ketua ika dan jugak orang yang bakal ganti tempat ika sementara ika cuti nanti. tak salah kan kita mudahkan keje orang. hehehehe

perkara pertama yang ika buat adalah dengan kemaskini ring file ika nie. seriously ring file ika nie memang banyak. ada dalam 20 fail kesemuanya. sebelum nie ika sumbat je dalam almari. takde la nampak sangat keadaan fail nie buruk ke lawa. hahahaha !

tapi tahun nie ika decide untuk susun je diorang nie semua kat atas kabinet nie. senang ika nak capai. tak payah ika nak terbongkok-bongkok nak amik fail dengan perut yang makin lama makin besar nie. gambar kat bawah nie gambar sebelum ika ubah suai fail ika. tema hijauuu. heee



yang kat atas nie pulak selepas ika dah DIY ring file ika nie. sebenarnya semua fail nie ika recycle fail tahun lepas. ika sambung pakai je. tahun nie kite buat tema oren pulak. hahahaha ! ika just balut semua 20 ring file ika nie. ika beli je kertas hitam kat kedai RM2. satu gulung tu ade 5helai. so, beli 4 gulung. ngam-ngam 20 helai. cukup la untuk 20 ring file ika.

then, ika print out tajuk setiap ring file ika. kemudian, laminate sebab taknak bagi comot nanti. baru lah nampak kemas sikit kalau laminate. kalau tak, sekejap je dah koyak rabak. ika amik masa sehari jugaklah nak balut ring file nie. jenuhhh balut sorang-sorang. hahahahaha ! nasib la sabar je masa balut tu. nak kemas punya pasal.

harapnya fail nie dapatlah bertahan lama. dan semoga dipermudahkan urusan kepada yang bakal ganti ika masa ika cuti nanti. hahahaha ! ade lagi yang ika DIY dalam bilik ika kat ofis nie. nanti ika share next next next entry pulak.

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com