DIY Papan Kenyataan

kali nie ika nak share DIY lagi. DIY yang ika buat ialah papan kenyataan. buat simple je. simple sungguh. hehehehe. sebenarnya nie adalah pintu untuk keluar dari bilik ika. keluar ke koridor ofis. dulu memang ika pakai la pintu nie. so, ramai lah orang shortcut ikut pintu nie. dengan orang luar sekali haaa masuk ikut pintu nie. hahahahaha ! pastu ika decide untuk tutup pintu nie. ika sekat dengan meja ika terus. senang !


sebelum nie, ika kalau ade nota ape yang nak tampal, ika staple je kat pintu nie. baru sekarang je sempat nak DIY buat papan kenyataan kat pintu nie. DIY pakai polisterine je. polisterine nie panjang tapi ika potong ikut lebar pintu nie. tampal je pakai double tape. senang je melekat sebab kayu kan. heeee. kalau tak, jenuh la asyik jatuh je.

ika buat je sendiri benda nie. hahahaaha ! mula tu nak balut polisterine nie. tapi bila fikir balik, kalau balut pakai kertas, tak lama nanti koyak rabak la sebab asyik dok pin je kat situ. so, untuk sementara nie, ika biar je lah dulu dia bogel camtu. nanti ada duit lebih, nak beli kain, untuk balut polisterine nie. heeee. bila dah buat camni, baru ade semangat lebih sikit nak tampal nota kat situ. tak payah dah nak staple bagai. pin je kat situ. senang !

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com