dari HIJAU kepada KUNING

setelah 6 bulan mengandung, buku pink ika tu memang stiker warna HIJAU, kali nie dia dah bertukar. hahahaha ! bertukar kepada warna KUNING. tak tahu lah nak sedih ke nak gembira . kuikuikui. masuk bulan ke 7, ika kena jumpa doktor pakar sebab ika ada asthma. so, klinik kesihatan refer ika kepada doktor pakar.


masa kat klinik pakar tu, ika buat la test itu ini berkenaan asthma nie dan memang meleset sekali untuk elakkan asthma. dah sah-sah la ada asthma. nak elak macam mana lagi. adoiii. bila dah buat test tu, memang tak lepas lah. balik dari jumpa doktor pakar tu, ika ke klinik desa pulak. tempat ika check up setiap bulan.

kat sana, nurse tu check la apa yang doktor tu dah tulis. nurse suruh baring sebab nak check perut. masa tu memang tak tahu pon diorang dah tukar stiker. ye lah, tengah baring kot. hahahaha ! lepas dah habis check perut tu semua, then, tadaaaaaaa ! maka bertukarlah stiker buku pink ika nie.


meh la ika share sikit kod pelekat nie warna KUNING apa maksud dia.

KOD KUNING UNTUK IBU HAMIL YANG MEMPUNYAI MASALAH PERUBATAN YANG MEMERLUKAN RAWATAN BERSAMA DENGAN HOSPITAL, HB KURANG DARI 9.5GM% DLL. DIMANA IBU HAMIL DENGAN KOD INI PERLU DIRUJUK KEPADA PAKAR PERUBATAN KELUARGA / O&G.

kalau korang takde masalah, kod PUTIH. lepastu kod HIJAU. lepastu kod KUNING dan seterusnya kod MERAH. kod PUTIH memang tak sempat pon ika merasa sebab ika mengandung untuk pertama kalinya. sape-sape yang mengandung first time memang akan diberi kod HIJAU kalau tak silap ika. ika sempat la merasa kod HIJAU nie sampai kandungan 6 bulan. lepas tu bertukar kepada KUNING.

takpe la kod warna ape pon, doakan dipermudahkan urusan ika bersalin nanti. doakan semuanya selamat ika dan baby >.<

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com