Carta Pergerakan Janin

di minggu ke 28, nurse ajarkan ika cara untuk kira pergerakan baby. kalau ikutkan, masa minggu ke 26 ika dah start kira tapi kira sendiri la pakai Fetal Kick Counter. tapi takde la kira beriya sangat sebab masa tu baru 26 minggu. just belajar untuk kira bape kali baby tendang. heeee. nampak nauuu beriya ika nie. hahahaha !

so, masa checkup minggu ke 28 tu, lepas tragedi stiker bertukar warna, hahahaha ! nurse ajarkan ika cara untuk buat carta pergerakan janin nie. sebelum nie memang ika perasan carta nie dalam buku pink tapi tak amik port sangat sebab awal lagi masa tu. sekarang kenalah amik port. hehehe


ika start kena buat carta nie pada 07 April 2017. disebabkan sekarang dah ade kemudahan seperti wassap dan suami ika pon teruja nak tahu bila baby tendang, kami pon create la group kat wassap. so, suami tahu, ika pon boleh tengok masa yang ke 10 tendangan tu. hahahaha ! selain tu, ika ade jugak guna Fetal Kick Counter cuma bezanya kat situ dia takde masa yang lengkap. kena kira sendiri pukul berape.

dan ika sempat la jugak google macam mana mak-mak sebelum nie buat carta pergerakan janin diorang. ade yang warna warni, ada yang bunga-bunga. hahahaha ! ika rasa ika nie cukuplah sekadar tick sahaja. tak suka tengok benda serabut-serabut. cukuplah buku pink ika yang penuh dengan tulisan nurse dan doktor. kahkahkah ! :P

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com