Cancel Trip to Sabah !

bulan Oktober 2016 yang lepas, ika dengan suami ika ada la beli tiket untuk kononnya nak pegi honeymoon kat Sabah. ika nak sangat pegi Sabah. so, ika dan suami kumpul la duit RM1 start dari awal tahun. menabung gituuu. dalam bulan Oktober, saving kitorang dah cecah RM900 lebih duit RM1 tu. 

kebetulan adik ipar ika memang belajar kat Sabah, so, dia tolong belikan tiket. ika dan suami, dua-dua tak pandai. hahahaah ! dua-dua tak pernah beli tiket flight dan dua-dua tak pernah naik flight. kenalah mintak bantuan yang lebih tahu. kan ?

then, adik ipar ika pon try la tengok kot ada tiket murah. dan akhirnya kami decide untuk pilih 3 April 2017 - 6 April 2017 memandangkan tarikh tu adik ipar ika pon tengah cuti midsem. nanti dia la jugak yang akan jadi pemandu pelancong kami. kami bagitahu mak, mak pon nak ikut ! hahahahaha ! jadi, kami belilah 3 tiket untuk ke Sabah.



jumlah yang ika dan suami habiskan untuk tiket ialah RM725.44 untuk pergi dan balik. kiranya kalau bahagi 3 orang, jadilah RM241.81 camtu lah. tapi kami suami isteri bayar tak sampai pon RM725.44 tu sebab adik ipar sponsor seat mak mertua. kikikiki. 

lepas dah setel beli barang tu, ika dan suami ika pon mula la menabung untuk pegi honeymoon tu. akhir bulan 10, ika dapat tahu yang ika mengandung. suami dah panik ! sebab kami baru je beli tiket pegi Sabah. hahahahaha ! kitorang pegi scan kat klinik dan bila dah dapat tarikh due, barulah kami kira tarikh flight kami tu, ika dah berape bulan.

kalau ikutkan, tarikh sepatutnya kami ke Sabah tu ika dah 28 minggu. family ika tak bagi ika naik flight especially kaklong ika la. sebab ika dah la tak pernah naik flight, ika first time mengandung, ika tak tahu tekanan kat atas tu macam mane. dan disebabkan banyak sangat risiko, ika dan suami ika decide untuk lepaskan dengan rela la tiket dan duit pon burn camtu je lah. hehehe

sebenarnya ini adalah pengalaman kedua ika beli tiket ke Sabah tapi tak pegi pon. first dulu ika dengan bff ika. kami dah beli tiket awal-awal, bila sampai tarikh tu, bff ika ada program lain yang sangatlah tak dapat dielakkan. jadi, dua-dua pon tak pegi. hehehe. dan ika sendiri pon tak tahu bila ika berpeluang untuk sampai Sabah. InshaAllah suatu hari nanti sampai jugak >.<

2 comments:

  1. Jika Allah izinkan, tanpa rancangan awal pun, InsyaAllah akan sampailah Ika ke sana nanti... :)

    ReplyDelete
  2. takpe one day sampai hajat untuk pergi ke sabah ^^

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com