Bronchial Asthma

masa ika mengandung di minggu ke 28, ika kena jumpa doktor pakar di Klinik Antenatal, Ipoh disebabkan ika nie ada asthma. masa first time buat buku pink, ika memang declare yang ika ade asthma sebab ika memang pakai pam asthma tu cuma asthma ika bukanlah teruk. tak selalu kena. not regular gituuu.

tapi masa minggu ke 24, doktor klinik kesihatan refer ika ke klinik pakar jugak. so, pasrah la ika. pegi je lah kan sebab doktor dah suruh. bila doktor kat klinik pakar tu test ika punya pernafasan, memang failed la ika. hahahaha ! pastu ika kena tambah ubat asthma pulak. diorang pam lain.

masa ika detect ada asthma nie umur ika 20 tahun. bukanlah ika dari kecik dah berpenyakit asthma nie. masa umur 20 tahun tu pegi klinik kesihatan kat Kota Bharu. then, doktor cakap ade asthma. masa tu ika ingat lagi, ika punya pam asthma tu warna putih.


then, masa keje kat Ipoh, sekali sekali tu wajib la kena serangan asthma nie. pegi klinik kat Ipoh pulak. diorang bagi kad hijau untuk monitor pengambilan ubat nie. masa tu, diorang bagi pam warna biru pulak. dan sampai sekarang pon ika memang pakai pam yang warna biru. nama dia Ventolin Evohaler. hehehehe



masa mengandung, doktor pakar bagi ika satu lagi pam. kali nie pam warna coklat pulak. pam biru tu ika pakai bila perlu sahaja tapi pam warna coklat nie ika kena pam 2 kali sehari. memang wajib walaupun tak kena serangan asthma. yang nie nama dia Budesonide Pressurised Inhalation BP.

pam ataupun inhaler asthma nie sebenarnya ada bermacam-macam jenis warna tapi idok ler ika tahu maksud setiap warna tu. ika tahu guna je. hahahahaha !


masa tengah mengandung nie lagilah nak kena jaga penyakit asthma nie. nurse yang pantau ika sepanjang mengandung nie dok risau je. hahaha ! sabar tau nurse. dah la dapat ibu mengandung macam ika nie. kena cucuk, menangis. lepas tu jumpe nurse keje dok gelak-gelak. doktor scan pon dok gelak-gelak sebab geli. hahahahaha ! pape pon ika kena kuat untuk baby ika. heeee

1 comment:

  1. Ayah pun ada semput..dia mmg pengguna tegar ventolin.

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com