Barut Baby | Lil Amni

kali nie ika nak share dengan korang satu online shop. ika dah berjaya la beli barut kat sini. hahahaha ! sebenarnya ika pon dikenalkan oleh bos ika tentang instagram nie. so, ika pon try la dulu beli 5helai barut dengan harapan mak mertua ika berkenan. pantang nanti, mak mertua ika yang akan jaga ika dengan baby, so kenalah bagi dia berkenan. kang kalau tak berkenan, rugi je ika. hahahaha !

ika beli barut nie di Instagram Lil Amni. korang kalau nak tengok dan beli jugak barut cam ika nie, boleh la ke IG https://www.instagram.com/lil_amni_by_fal/. owner nya pon friendly. heeee . meh la ika tunjuk sikit gambar barut baby yang ika dah beli tu. yang kat bawah nie 5 yang pertama ika beli. kualiti kain sangat sesuai untuk baby. 



bila dah tunjuk kat mak mertua 5 barut nie, mak mertua ika memang berkenan la. kain best. walaupun ade sehelai tu warna kuning ika pilih, mak mertua ika ok je. sesetengah orang tu kan warna kuning tak boleh masa pantang. heee. so, bila mak mertua dah berkenan, ika pon tambah lagi 5 helai barut. lagipon mak mertua ika cakap tak cukup 5 helai tu.


tadaaaaa. warna warni kan barut baby ika nie. hahahahaha ! ika main pilih je coraknya. ika elakkan pilih corak bunga-bunga sebab tak tahu baby boy atau girl. so, kita amik yang dua-dua pon boleh pakai. lagipon barut nie boleh simpan untuk masa depan kot la dapat baby lagi. ehhh :P

oh yee ! barut nie bukan ready made tauu. korang kena pilih corak pastu bayar pastu tunggu lah owner dia siap jahit, baru lah dia poskan kat korang. camtu lah :)

2 comments:

  1. comel2 je design barut tu hehe semoga selamat melahirkan nanti ye

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com