Baby Nest

baru-baru nie kaklong ika ada la mintak tolong kakak kepada kawan dia jahitkan baby nest nie untuk ika. ika nak tolong promote pon ika dah lupa nama apa. hahahaha ! lagi pulak dia hanya jahit kat kampung kalau tak silap ika. bukan meniaga online. baby nest nie harga dia RM110 termasuk pos. ika rasa harga berpatutan la. sebab ika pon ada survey jugak. ade je yang lagi murah.

baby nest nie, ika boleh corak yang ika nak. kaklong jadi orang perantaraan. kaklong hantarkan ika beberapa corak untuk ika pilih. disebabkan ika tak tahu baby ika nie lelaki atau perempuan, ika pilih jalan selamat dengan pilih corak kat bawah nie. dua-dua boleh pakai. hehehehe


disebabkan baby nest nie bukan ready made yang banyak orang dok jual tu, ika kena tunggu la kan baby nest nie siap. dalam sebulan jugaklah baby nest nie siap. lagi pulak masa tu ika takde la nak segera baby nest nie. siap awal pon, baby nya belum keluar. hahahaha !



kat atas nie gambar baby nest yang dah selamat sampai ke tangan ika. Alhamdulillah memang ika puas hati. lembut je. takde la baby sakit belakang nanti. hehehe. baby nest nie ade jugak yang panggil baby boat sebab bentuknya macam bot kalau korang tengok betul-betul. ika guna baby nest nie sebagai ganti tilam baby nanti. tapi nie pon tengah berkira-kira untuk beli satu set cadar patchwork untuk baby tu. hahahaha ! tapi hold dulu la. beli yang mana penting dulu.

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com