April !

Alhamdulillah. kejap je masa berlalu. dah masuk bulan April 2017. lagi dua bulan ika menanti kehadiran buah hati si kecik dalam kandungan nie. tak sabar rasanya. doakan untuk ika ye semua semoga dipermudahkan urusan ika nanti. so, ika dah siapkan ika punya planner bagi bulan April nie. dah siap print A3 dan laminate. kemudian ika tampal kat meja ofis. senang untuk ika tengok pergerakan ika selama sebulan.


untuk bulan April nie ika ada 3 check up di 3 tempat yang berlainan. tabahlah ika. hahaaha ! sepatutnya ika kena hadir kursus di Port Dickson pada 3-5 April. tapi disebabkan ika ade check up di Hospital, ika tak dapat la nak pegi kursus tu. lagi pulak 4 April tu ika ade exam. doakan ika lulus tauuu exam tu. ika ada satu paper je lagi tak lulus. hehehe ^^

doakan jugak ika lulus semua check up ika dan baby tu nanti. hahahaha ! kalau ikutkan, ika kena minum air gula pada 6 April 2017 tu tapi nurse takde pulak pesan ape. takpe la. ika siap sedia je lah nanti. dan harapnya check up untuk asthma tu takde ape sangat la. berdebar ohoiiii. aduuuu. penakut sungguh la nak jumpa doktor >.<

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com