Welcome Back to Unit Perolehan

tahun 2017 nie adalah tahun ke 5 ika bekerja dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak dan Kedah. yes ! dah 5 tahun. dan dalam masa 5 tahun ika kat sini, dah berapa kali ika pindah unit. ika pon tak pasti kenapa. dah orang tukar, ika ikut je lah arahan. ye dok ?

tahun 2012, ika mula ditempatkan di sini. diorang pinjamkan ika ke Unit Kewangan untuk buat keje bahagian claim. so, masa nie ika belajarlah cara kira claim orang. dan cara nak tolak claim orang. hahahahaha ! walaupun ika gred S, tapi diorang pinjamkan ika untuk buat keje W. takpe la kan. pengalaman tu semua.

tahun 2013, diorang pulangkan ika ke keje hakiki ika iaitu gred S. so, masa ne ika ditempatkan pula ke Unit Ekonomi. ika dok unit nie tak lama pon. tapi masih sempat merasa bawak rombongan orang asli join program ekonomi di Kuala Nerang, Kedah dan jugak Raub, Pahang. dapatlah belajar cara nak handle program sekejap. hiksss.

Unit Ekonomi

lepastu diorang pindahkan ika ke Unit Kewangan semula dan buat semula keje lama ika iaitu buat claim. ika pon ikut je lah. heeeee. yang nie lama jugaklah ika buat. seronok tu memang seronok tapi kena hadap la soalan yang bermacam-macam. hahahahaha :P

Unit Kewangan

tahun 2014, diorang tukarkan ika pulak ke Unit Perolehan, Bahagian Kewangan. buat keje bahagian sebut harga tu semua. seriously keje nie sangat susah bagi ika. merangkak-rangkak rasanya. bertahun jugaklah ika belajar untuk hadap keje nie. tapi kat unit perolehan nie la ika paling lama bertahan. hehehehe. dua tahun jugaklah ika tak merasa pindah unit lagi. hahahahaahaha !

Unit Perolehan

then, awal tahun 2017 ika akhirnya ditukarkan ke Unit Air dan Elektrik, Bahagian Pembangunan. sebenarnya ini adalah keje hakiki ika iaitu gred S. kena tukar pon tak tahu ape punca. kahkahkah ! punca nya mengandung la kot. positif je lah ika masa tu. hati bila dah seronok buat keje sebut harga, mulalah bila dah pindah unit lain tu rasa lain macam je. tapi dah nama pon arahan, ika ikut je lah kan .

Unit Air dan Elektrik

tak sampai pon dua bulan ika kat Unit Air dan Elektrik nie, diorang pulangkan ika ke Unit Perolehan tu semula atas sebab ape ? entah la labuuu. hahahaha ! tak kesahlah diorang nak letak ika kat unit arahan. ika kan SYMP. selagi ika boleh bekerja, ika akan bekerja ikut apa yang diorang kehendaki ^^

walau ape pon, keje lah dengan ikhlas. jangan disebabkan kita, orang lain yang teraniaya. eh eh eh. ika pon tak tahu sampai bila mampu bertahan kat Unit Perolehan nie. just siap sedia sahajalah kena tukar ke mana pulak lepas nie. doa dan teruskan bekerja ! :)

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com