Rahim Seorang Ibu Yang Paling Selamat Dan Ajaib

ika terjumpa artikel kat fb Info Ibu Hamil dan ika sangat tertarik dengan info kat dalam post tu. so, kat sini ika nak kongsikan dengan korang pulak. sama-sama kita dapat manfaatnya.


1. Allah SWT sendiri yang berfirman dalam Surah al-Mu'minun, "Dan sesungguhnya Kami telah cipatkan manusia daripada satu sari pati dari tanah. Kemudian kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) di tempat yang kukuh (rahim)".

2. Pernah tengok bayi lahir tak cukup bulan? Biasanya, bayi lahir pramatang kena duduk dalam inkubator untuk satu jangkamasa tertentu. Kenapa inkubator? Sebab, inkubator direka fungsinya sebagai pengganti rahim ibu. Mestilah inkubator ini dipasang macam-macam teknologi perubatan demi kelangsungan bayi tadi, tapi bayi ini masih lagi ada risiko terkena jangkitan.

3. "Bilik" paling kebal dari sebarang ancaman. Macam-macam ancaman. Bunyi bising, asap kenderaan, asap rokok bapak dia, pelbagai siri gegaran.

4. Kedudukan rahim. Duduknya rahim adalah ruang pelvis (ruangan antara tulang pinggul dan paha). Kedudukan istimewa ini sangatlah sesuai untuk perkembangan awal janin. Fuh, hebat !

5. Suspensi yang baik. Urat-urat kenyal yang menjadi jambatan penghubung antara tulang pelvis akan menebal dan memanjang. Inilah datangnya sistem kestabilan terbaik untuk menahan sebarang gegaran dan asakan !

6. Otot-otot rahim yang kuat. Otot endometrium ini memang otot-otot yang kuat sehinggalah membolehkan kontraksi (sakit nak bersalin) berlaku semasa proses kelahiran.

7. Rahim mampu membesar 20 kali ganda saiz asal dan menampung 1000 kali ganda kapasiti asal ! Tak hairanlah, ada yang mampu lahirkan kembar 7!

8. Sistem pertahanan. Biasanya, kalau badan kita dimasuki objek asing, secara automatik sistem imun kita akan menyerang dan membunuh objek asing tadi. Tapi tidak dalam kes bayi dalam kandungan rahim ibu. Secara logiknya, hampir 50% genetik bayi adalah daripada si bapa (bukan makhluk asing). Jadi sepatutnya bayi tadi ditolak oleh sistem imun ibunya, tapi ini tak berlaku ! Menarikkan ?

9. Janin bebas jangkitan. Contohnya, kalau si ibu positif HIV, janin dalam rahimnya adalah selamat daripada jangkitan HIV ! Jangkitan hanya berlaku jika berlaku percampuran darah semasa proses kelahiran. Subhanallah ^^

teringat ika pada doktor yang merawat ika di minggu ke 18. ika nie punyalah risau dengan bayi dalam kandungan. risau takut jadi pape kat bayi dalam tu. tapi bila scan, doktor siap bagi nasihat semua tu. banyak yang doktor tu nasihatkan pada ika nie tapi yang paling terkesan kat ika adalah ika kena yakin yang anak dalam kandungan ika selamat kat dalam rahim. Rahim Ibu adalah tempat paling selamat. sampai sekarang ika ingat ayat doktor tu.

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com