Pregnant ! | Minggu 27


Minggu 27

Bayi Anda
Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.


Tubuh Anda

Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.

Alhamdulillah. dah masuk minggu ke 27. minggu ke 27 nie ika takde benda sangat nak diceritakan. hanya p keje, balik keje. hahahaha ! minggu nie ika banyak mengemas bilik ika kat ofis je. hias-hias sikit bagi ceria. kemaskini segala bagai fail lama-lama tu. kang tak lama lagi nak cuti panjang. eh eh eh. btw, minggu nie minggu perut masuk angin. aduuuu. bila masuk angin, perut pon mula la jadi keras. sangat tak selesa. 

btw, minggu nie jugak ika dan suami dah mulakan semula rutin kitorang bawak bekal p ofis. breakfast dan lunch. ika dah boleh bertungkus lumus masak macam mula-mula dulu. boleh la jimat sikit. hahahahaha ! pape pon, doakan dipermudahkan urusan ika ye semua. ada tips tak untuk elakkan perut masuk angin ? >.<

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com