Pregnant ! | Minggu 26


Minggu 26

Bayi Anda
Walaupun bayi anda kelihatan kurus kering, mereka sebenarnya sudah mula membentuk lemak-lemak di bawah kulit. Lemak-lemak ini kemudiannya akan membantu mengekalkan suhu badan sehinggalah selepas dilahirkan. Bayi anda kini sepanjang 35 sm dengan berat 700 gm.

Tubuh Anda
Dengan perut yang semakin membesar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.

ika rase minggu ke 26 ika nie serba tak kena. baby tak banyak gerak. dah tak aktif. kalau sebelum nie bukan main lagi aktif. pastu bila ika makan, mulalah rasa macam dah penuh sangat dalam perut tu. padahal makan sikit ja. bila malam pon dah tak tahu nak makan nasi ke tak. kenyang tapi hakikatnya lapar. bila jamah sikit makanan, perut dah penuh. last-last makan je yang ringan-ringan. janji makan jugak.

so, suami ika bawak la pegi klinik. check kenapa jadi macam tu. doktor pon scan la kan. sebelum scan tu doktor dok check perut ika. sekali ketukkkk, bunyi gendang. hahahahaha ! nampak sangat angin penuhhh. bila scan pon doktor cakap gambar scan jadi tak lawa sebab angin penuh dalam perut. sebab tu jadi sakit perut. makan sikit pon dah kenyang. dan kadang tu perut asyik keras. puncanya doktor cakap sama ada ika makan pedas ataupon ika makan lambat. heeeee. sorry baby :(

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com