Pregnant ! | Minggu 25


Minggu 25

Bayi Anda
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang-temulang juga semakin keras. Kini, bayi anda semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka. Dan ketika ini jika bayi anda tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh sedu. Bayi dalam kandungan anda sekarang berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600 gm.

Tubuh Anda
Anda kini kelihatan lebih berseri-seri. Muka semakin bercahaya. Semuanya kerana meningkatnya peredaran darah di bawah kulit. Tekanan pada punci kencing juga adalah punca mengapa anda sering ke tandas. Kekejangan, sakit belakang dan pedih ulu hati semakin kerap berlaku.

untuk minggu ke 25 nie, ika takde sebarang check up. so, takde ape nak diceritakan sangat. ika just hadir ke kelas exam KPSL di Putrajaya sahaja. nasib la kelas satu hari sahaja. bff ika yang tumpangkan ika ke Putrajaya tu. kitorang gerak awal sehari. takde la penat sangat. baby pon behave je dalam kete. heeee

dan minggu ke 25 nie jugaklah minggu paling down untuk ika. menangis di akhir minggu ke 25. menangis mengenangkan apa yang orang dah buat kat kita. tapi takpe lah kan. benda dah jadi. just doakan semoga diorang sedar. eh eh eh :P

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com