Pregnant ! | Minggu 24


Minggu 24

Bayi Anda
Bayi anda semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya. Degupan jantung bayi anda sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa. Bayi anda juga sudah boleh mendengar kata-kata anda dengan jelas. Kini berat bayi anda sudah menjangkau 500 gm dengan panjangnya 33 sm.

Tubuh Anda
Tubuh anda kini mula menambah beratnya sebanyak setengah kilo seminggu. Dalam masa yang sama, kaki anda akan mula rasa tegang akibat berat badan yang bertambah dengan banyak. Untuk mengelakkan rasa tidak selesa, pastikan kasut yang sesuai.

Alhamdulillah. dah masuk minggu ke 24 a.k.a dah masuk 6 bulan. kejap je masa berlalu. so, untuk minggu ke 24 nie ika ada check up di dua klinik. satu di Klinik Kesihatan dan satu lagi di Klinik Desa. untuk klinik kesihatan tu sepatutnya ika datang pada minggu ke 20 tapi disebabkan booking dah full untuk scan, so diorang tunda ke minggu ke 24. 

kat klinik kesihatan tu ika just datang untuk scan memandangkan kat klinik desa takde untuk scan nie. so, kalau untuk scan, nurse kat klinik desa akan booked tarikh dengan klinik kesihatan. masa scan minggu ke 24 nie, doktor cakap baby ika kecik. macam lewat 2 minggu. sepatutnya saiz dia 24minggu tapi masa tu saiz dia lebih kurang 22minggu. ika pon dah mula la resah gelisah. doktor suruh repeat scan lagi sebulan. tabah ye ika :P

ika ada la maklum kat klinik desa. nurse yang jaga ika tu cakap ika tak perlu risau sebab tarikh period ika pon tak jelas. sebab period tak teratur. so, due date yang sebenar tak dapat nak detect. diorang just mintak ika standby 2minggu awal atau 2minggu lewat dari tarikh due yang diorang bagi masa awal dulu ^^

masa scan tu baby ika masih songsang. tapi nurse check kat klinik desa degupan jantung baby ika normal. minggu ke 24 nie dapatlah ika satu lagi suntikan untuk kancing gigi tu. meraung la jugak. wakakakakaka. memang penakut jarum sungguh la :P

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com