Pregnant ! | Minggu 23


Minggu 23

Bayi Anda
Bayi anda kini sudah semakin sempurna pembentukannya. Jika dia lelaki, skrotumnya sudah terbentuk sempurna dan jika dia perempuan, dalam ovarinya kini sudah pun terkandung beberapa juta telur. Jumlah telur ini akan berkurangan ke sekitar dua juta ketika dilahirkan dan jumlahnya semakin berkurangan apabila usia anak semakin meningkat. Bayi anda kini berukuran kira-kira 31 sm dengan berat sebanyak 440 gm.

Tubuh anda
Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini akan hilang apabila anda berehat.

minggu ke 23 nie, perut ika tiba-tiba mengeras. dalam dua malam jugaklah dia dok mengeras. so, ika decide untuk pegi scan. Alhamdulillah, masa scan tu doktor cakap baby sihat. yang mengeras tu lebih kurang contraction la. tapi doktor cakap takde ape. ika just kena banyakkan berehat. nakal jugak baby nie ye. hahahahaha ! ika pulak jenis cepat gelabah. sabar je lah kan.

masa scan nie, doktor dah bagitahu jantina tapi biar je lah dulu kan. nanti dah lahir, baru ika bagitahu. kuikuikui. sebelum tahu jantina ape tu, ika dengan suami dah siap beli barang baby. nampak tak betapa excited nya kami ? hahahaha . cuma ada sikit je lagi yang belum beli. ika dan suami memang nak setelkan barang baby dulu baru setelkan barang ika pulak.

dalam pada kena banyakkan berehat tu, ika ada jugaklah masuk kampung orang asli buat pemantauan kat tangki air. hehehehe. tapi takdak la sampai kena panjat ke hape. kadang bosan jugak dok ofis. ingat seronok ke ? hahahaha. ika jenis suka keje luar. bila kena dok ofis je nie, memang rasa bosan sangat. nampaknya tahun depan la baru ika pulun keje luar :P

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com