Pregnant ! | Minggu 22


Minggu 22

Bayi Anda

Bayi dalam kandungan anda terus membesar akibatnya ruang untuk mereka bergerak semakin kurang. Bayi anda kini mungkin berhubungan dengan anda melalui tendangan ataupun gerakan yang dilakukannya. Sistem pernafasan mereka masih dalam proses pembinaan dan paru-paru belum lagi berfungsi untuk menyalurkan oksigen ke salur darah. Bayi anda kini berukuran 29 sm dengan berat kira-kira 410 gm.

Tubuh anda
Tulang rusuk bahagian bawah anda mula rasa sakit akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin membesar. Untuk kurangkan rasa tidak selesa, cuba duduk setegak mana yang anda mampu atau anda boleh mengangkat tangan dengan lurus melepasi kepala. Selain itu, jika anda ada cara lain yang lebih menyelesakan, amalkanlah kerana inilah waktu terbaik untuk anda cuba apa sahaja cara asalkan kesakitan yang dialami tidak berlarutan.

minggu ke 22 nie takdak ap nak dikongsikan melainkan ika punye semput dah makin kerap. tabah je lah ika. ika banyak dok rumah sahaja dan pegi ofis. banyak berehat je minggu ke 22 nie sebab taknak bagi asthma tu makin teruk. pengalaman mengandung yang pertama nie buat ika rasa kena berhati-hati. bila takde pengalaman, jadi makin risau. doakan segalanya dipermudahkan untuk ika :')

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com