Kain Batik Terengganu | Kain Sarung Batik Terengganu

ika nak share dengan korang satu lagi online shop yang ika pernah beli barang dengan diorang nie. belinya dah lama tapi baru sekarang ika berkesempatan nak update dan promot sikit kat korang. manalah tahu korang pon berkenan sama. heeeee

so, ika ada la beli kain sarung batik. ika memang dah lama nak beli memandangkan ika punya kain sarung batik nie kat rumah takde la banyak mana. dah kawen baru terhegeh-hegeh nak pakai kain sarung. hahahahaha ! tapi sekurangnya ada la jugak kain sarung tu dan pandai hokeyyy pakainya. ika nak tambah disebabkan raya nanti nak kena berpantang. so, nak buat stok siap-siap.

then, ika ada terjumpa satu fb yang memang jual kain sarung nie. fb senior ika masa kat UiTM Machang dlu. hehehe. so, ika pm la dia tanya semua berape kan. dan ika berjaya la beli dalam 45 helai kalau ika tak silap. itupon lepas ika kutip order dari mak mertua, mak saudara dan ofismate ika. dapatlah 45 pasang. makin banyak korang beli, makin murah la korang akan dapat harga. ika rasa beli macam nie lagi berbaloi.


kalau korang nak try usya jugak, boleh ke fb Kain Sarung Batik Terengganu ataupun korang wasap je 013-3462900. seriously sangat puas hati dan corak pon cantik sangatttt ^^


yang nie antara yang ika beli haritu. ini pon setelah tuannya dah amik. hahahaha ! macam ika, ika order corak random sebab tuannya ramai sekali, so ika amik random je lah coraknya. kang pening pulak ika nak agihkan ikut corang diorang nak. diorang pon setuju je dengan corak random tu. seriously ika cakap walaupun ika amik corak random, corak yang diorang bagi memang semuanya cantik. puas hati sangat. jenis kain yang berkualiti macam kita pakai kat rumah tu. sangat selesa. tak rugi korang beli banyak-banyak :)

1 comment:

  1. hi ika :) sorry off topic. nk mintak tolong ika email kt sy your wedding checklist boleh? macam kemas and complete. i would to make yours as my reference. kalau x keberatan boleh x email ke cheqkinot@gmail.com ? thank you so much ya :)

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com