Pregnant ! | Minggu 21


Minggu 21

Bayi Anda
Bayi anda kini sangat aktif. Hampir setiap saat anda akan dapat rasa pergerakannya. Jadi, tidak hairanlah kalau setiap malam tidur anda diganggu. Jika hal ini terjadi kepada anda, usap perlahan perut sambil berkata-kata kepada anak. Dipercayai dengan cara ini akan dapat menenangkan bayi. Kini, bayi sudah semakin besar dan beratnya kira-kira 390 gm dan dianggarkan 28 sm panjang.


Tubuh Anda
Pada masa ini anda berpeluang untuk melihat perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi dalam kandungan. Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang. Pada masa ini anda juga kelihatan lebih bertenaga dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk membuat persediaan menerima kehadiran cahaya mata.

baru sahaja melepasi minggu ke 21. ika sebenarnya dapat rasa pergerakan baby ika nie masa minggu ke 19 lagi kalau tak silap ika. dapat rasa ada sesuatu bergerak dalam perut. hahahaha ! mula tu rasa geli. lama-lama dah terbiasa. masa nurse check degupan jantung baby pakai alat ape entah, pon dok bergerak-gerak. seronok ye :P

paling aktif baby bergerak pada waktu malam. bila mama dia nak tido. aktif kemain. seronok bila dapat rasa baby gerak. bila tak rasa, mama dia mulalah menggelabah. wakakaka. minggu nie ika dah masuk kerja seperti biasa. dan minggu nie jugaklah ika kena attack dek asthma. phewwww. banyak dugaan btol. doakan ika dan baby sentiasa sihat hokey ? :)

1 comment:

  1. Alhamdulillah.. Tahniah ye.. semoga baby dan ibu sehat..

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com