Pregnant ! | Minggu 19


Minggu 19

Bayi Anda
Sama seperti anda, janin dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mereka mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukan gigi kekal juga muncul. Janin anda sudah menjangkau 23 sm dengan beratnya kira-kira 285 gm.

Tubuh anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Jangan risau, semua itu akan kembali seperti sedia kala setelah anda melahirkan.

baru berkesempatan nak update blog. kuikuikui. di minggu ke 19 ika, ika ade check up di klinik desa. check up yang setiap bulan tu je. so, untuk minggu ke 19, ika diberikan suntikan kancing gigi. udah la ika nie takut jarum, kena pulak suntik. nurse siap cakap kena suntik 2 kali. so, next suntik lepas sebulan. ayokkkkk .

masa nak suntik tu pon ika siap tanya nurse tu sakit tak suntik nie. hahahahahaha ! sabar je lah nurse tu dengan ika. kali nie kena menunggu agak lama walaupun ika orang ketiga yang sampai. tapi disebabkan dua yang depan ika tu baru nak bukak buku, so, memang amik masa jugaklah. tapi ika ok je menunggu sebab memang dah amik cuti :P

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com