The January 2017 Giveaway by Mek Zumbie


apa satu benda wajib yang korang nak buat, akan buat atau terfikir nak buat pada tahun 2017

satu benda yang wajib ika buat setiap tahun adalah menabung ! hehehehe. ika sebenarnya memang setiap tahun akan menabung. tabung ika terdiri dari semua jenis duit syiling, duit RM1 dan sekarang ika dah upgrade sikit tambahan duit RM5. kat rumah ika tu, ika dah asingkan tabung duit syiling 5sen, 10sen, 20sen dan 50sen. beli je kat kedai rm2. tabung duit rm1 dan rm5 pon ika asingkan jugak cuma saiz tabung yang nie besaq daripada yang syiling tadi. 

sejak kahwin, suami ika ajar ika supaya setiap kali gaji, kami masing-masing akan masukkan rm50 seorang ke dalam satu lagi tabung. yang nie special punya. hahahaha ! hasil menabung nie dapatlah ika beli tiket pergi ke Sabah untuk 3 orang pada tahun 2016 dan ada lagi balance nya, kami masukkan ke dalam akaun bank. setiap tahun pon macam tu la yang ika dan suami buat. kami menabung sebab kami memang suka kumpul duit. tambahan pulak kalau kami ada aim sesuatu, lagi bersemangat untuk menabung.

bagi tahun 2017 nie, kami menabung demi anak kami yang bakal lahir bulan Jun nanti. Inshaallah. doakan dipermudahkan segala urusan ika ye. korang pon cubalah menabung. kat FB ika tengok macam-macam kaedah menabung yang orang ramai kongsikan :)

4 comments:

  1. Sis pun suka menabung. Selalunya dari duit bulanan suami bg. Alhamdulillah sgt membantu bila terdesak. :)

    ReplyDelete
  2. Wah! Bestnya.. Moga tercapai hajat akak, Amin.

    I came from the same segment :
    http://hootiecyum.blogspot.my/2017/01/the-january-2017-giveaway-by-mek-zumbie.html

    ReplyDelete
  3. chaiyok2 kak tikah menabung banyak2 boleh travel, rejeki anak2 jua.

    Ajim datang blogwalking dari segmen yang sama
    https://ajemy.blogspot.my/2017/01/the-january-2017-giveaway-by-mek-zumbie.html

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com