Pregnant ! | Minggu 18


Minggu 18

Bayi Anda
Kulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, janganlah terperanjat jika tiba-tiba bayi anda menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak anda duga. Bayi anda kini berukuran kira-kira 21 sm dengan beratnya 235 gm.


Tubuh anda

Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, ibu hamil juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil, membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sepanjang trimester kedua ini, anda akan dapat mengesan beberapa perubahan sampingan yang ketara pada tubuh selain daripada pertambahan berat badan.

ika dah di minggu ke 18. minggu ke 18 nie bagi ika sangat mencabar. ada satu malam tu ika tak dapat rasa ape-ape. biasanya ika akan rasa perut macam mengeras tapi malam tu memang rasa lain sangat. malam tu, ika tak sedap hati sangat. tido pon tak berapa nak lena. terus la bagitahu suami ika. so, pagi esoknya kami terus ke klinik swasta la untuk scan.

ika nie selagi tak scan, selagi tu laa tak senang duduk. suami pon bila dah tengok isteri dia macam tu, dia layankan je lah. hahahaha ! awal pagi dah terpacak depan klinik. tak sabar nak tengok baby dalam perut. tak sabar nak tahu ok ke tak baby kat dalam tu.


Alhamdulillah. doktor cakap semuanya selamat. semuanya ok. baby pon ok kat dalam tu. cuma masa doktor scan tu, baby dok telangkup macam tu. sujud. doktor cakap baby memang suka dok macam tu bila dah masuk 4 bulan. doktor cuba jugak usik-usik. dia respon tapi taknak tunjuk muka jugak. tido. hehehehe ! ika first time tengok baby ika dah besar camtu. awal scan dulu kan kecik je. nie dah terbentuk. terujaaaaa ^^

doktor banyak bagi nasihat kat ika. doktor pesan suruh ika yakin. yakin yang baby ika selamat kat dalam tu. ibu kena yakin yang naka dia sihat dan selamat. banyakkan berdoa dan istighfar. jangan fikir benda bukan-bukan. Inshaallah selamat semuanya.

2 comments:

  1. Take care.. semoga dipermudahkan semuanya...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah Ika! Ajim doakan kandungan Ika selamat hinggalah dilahirkan nanti. Ajim singgah sini ye!

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com