Pregnant ! | Minggu 16


Minggu 16

Bayi Anda
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Bayi anda kini berukuran 16 sm panjang dengan beratnya 135 gm.

Tubuh anda

Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin menyerlah. Dan garis ini kembali pudar selepas anda melahirkan.


Alhamdulillah. ika dah masuk minggu ke 16 mengandung. muntah-muntah pon dah takdak. heeee. cuma ika masih jugak la berjaga-jaga kot laa batuk tu nak datang balik. hahahaha ! sepanjang mengandung, ika tak minum minuman berais sebab akan batuk sampai muntah. ika banyak minum air masak dan juga pati delima gulsan. Alhamdulillah sejak minum pati delima gulsan tu memang batuk ika hilang.

meh ika share dengan korang antara kebaikan buah delima untuk ibu mengandung :
  • jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
  • menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
  • menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapat rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
  • menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
  • melindungi otak bayi

kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. jus delima juga dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asik folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperto kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit untuk bayi. itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. jus delima memenuhi bekalan asid folik yang baik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

awal mengandung, mak mertua ika ada belikan ika buah delima tapi masa tu tengah batuk teruk. makan buah delima, muntah. so, ika beli je lah pati delima gulsan nie. Alhamdulillah sangat serasi. batuk pon dah tak macam awal mengandung . sebelum beli, ika cari maklumat dulu kat blog-blog. hahahaha ! kot la ibu mengandung tak boleh minum. nasib baik lah boleh minum. hikss ^^

2 comments:

  1. hi ika, sy pun pregnant tp lambat jugak nak rasa pergerakan. masuk minggu 22 baru ada rasa baby bergerak. semoga dipermudahkan urusan bersalin ye =)

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com