Pregnant ! | Minggu 15


Minggu 15

Bayi Anda
Tulang rangka bayi anda sedang giat berkembang. Kini kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Bayi anda pada ketika ini sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. Bayi anda sekarang sudah sepanjang 12 sm dan beratnya kira-kira 100 gm.


Alhamdulillah. berkesempatan lagi untuk menulis entry mengandung di minggu ke 15. semalam ika ada checkup di klinik. last checkup ika adalah sebulan yang lepas. Alhamdulillah, check up semalam sangat okay pada ika. ika punya hb dan tekanan darah sangat okey. sangat puas hati. gula pon takdak. harapnya okey sampai bersalin nanti la. heeee

sedar tak sedar ika dah masuk minggu ke 15 ataupun di bulan yang ke 4. kejap je masa berlalu ika rasa. perut pon dah nampak. semalam pon nurse ada buat ukur lilit perut. keputusan darah ika pon dah keluar semalam. baru ika tahu ika darah apa. hahahaha ! Alhamdulillah HIV takdak dan talasemia pon takdak. Alhamdulillah ^^

semalam nurse ada briefing dekat ika tentang kepentingan menyusukan anak bila dah bersalin nanti. ika dapatlah dalam 3 tajuk camtu. semuanya berkenaan susu ibu. seronok dengar. dapat tambah ilmu. seriously banyak benda baru yang ika belajar semalam. terima kasih nurse ! :D

3 comments:

  1. nice sharing :3

    jemput join contest ye :D
    http://www.syahirahvaliant.com/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete
  2. sy dah 33 weeks. seronoknya ika dan baby sihat, alhamdulillah. selamat menjalani tempoh berbadan dua dgn selamat, insha Allah :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah, doakan cikna pregnant jgk ye...;-)

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com