Maternity Peek A Boo TShirt | The Tees Legacy

nampaknya dah hari-hari ika update blog ika nie. gigihnya. hahahaha ! sementara ada masa nie, ber'update' la blog nie. bila tuan dia dah start busy, terabai la blog nie nanti. so, entry kali nie ika nak update berkenaan satu lagi online shop yang ika berkesempatan untuk beli baju tshirt.

ika dah lama la teringin nak pakai baju tshirt nie. ada la jugak ika tengok kawan ika pakai. masa tu ika belum mengandung lagi. bila dah tengok tu, mulalah berkenan tapi takkan ika nak beli kot. kang kalau pakai orang cakap ika mengandung pulak. hahahaha ! so, bila dah mengandung nie, ada jugak la peluang ika untuk pakai baju Peek A Boo nie.


ika order Maternity Peek A Boo Tshirt di fb page The Tees Legacy. ika ternampak iklan maternity tshirt nie dekat fb. kebetulan masa tu diorang buat sale, makanya ika grab la dua helai tshirt lengan panjang. ika amik dua design yang berlainan. satu warna merah dan satu lagi warna hitam. dalam gambar kat atas nie ika pakai yang warna merah. kain dia sangat selesa. tak panas. saiz tu sesuai dengan ika. takut jugak ketat ke hape ke. hehehe

nanti nak order lagi tapi nak amik saiz besar sikit bila perut dah makin besar. selesa pulak baju nie. hahahaha ! tapi boleh pakai bila mengandung je lah. kalau tak mengandung, jangan nak pakai. kang jenuh nak menjawab. heee

2 comments:

  1. Comel2 baju tu comel lg seri si pemakai ! =D mom to be takecare eh

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com