4 Bulan

dah lama tak update blog. asyik dok join giveaway je. hahahaha ! so, kali nie meh la ika update sikit. ika dah di minggu ke 18 mengandung. kalau ikutkan dah masuk 4 bulan la.

credit : Info Ibu Hamil

rasa macam cepat je masa berlalu. berbaki 5 bulan lagi untuk jumpa buah hati. semoga dipermudahkan urusan ika nanti. di bulan ke 4 nie ika banyakkan membaca info berkaitan bersalin dan amalkan apa yang patut. ika bersyukur sebab ika dikelilingi orang yang suka bagi nasihat pada ika. yang sudi berkongsi tips dan pengalaman diorang. Alhamdulillah ;)

tipu la kan kalau ika cakap ika tak risau. seriously macam-macam perasaan yang ada sekarang nie. bahkan kalau ika rasa lain sangat dengan badan ika, ika akan ke klinik. scan. ika nak tengok keadaan baby ika ok ke tak. selagi tak tengok, selagi tu laa takkan tenang. doktor pesan pada ika supaya ika yakin yang baby ika selamat kat dalam. ibu kena yakin. kalau ika pon down, macam mana pulak dengan anak ika kan ? so, banyak input positif yang ika dapat daripada doktor tu. terima kasih doktor ^^

1 comment:

  1. perasaan semua bakal ibu, ika.
    kita sentiasa curiga, anak kita ok ke tak?
    yg penting, ika kena releks.
    doa. be extra happy always :)

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com