Pureen Liquid Cleanser 750 ml | Shopee

tak habis lagi nak review barang baby yang ika sempat shopping secara online. hehehe. kali nie ika beli Pureen Liquid Cleanser 750ml. yang nie sebenarnya boleh je nak pegi beli kat kedai tapi memandangkan ika jenis yang sangat pemalas nak pegi cari kat kedai, beli je lah secara online. lagi pulak bila dah pegi kedai, mesti lupa nak beli. hahahahahaha !

ika beli Pureen Liquid Cleanser nie dekat Shopee. korang boleh klik sini untuk tengok barang yang ika beli nie, https://shopee.com.my/product/16532375/187222778/. nama kedai yang ika beli tu Pureen Malaysia, boleh klik sini untuk tengok profile dan barangan lain yang dijual di Pureen Malaysia, https://shopee.com.my/pureenmalaysia.


ika beli Pureen Liquid Cleanser nie dengan harga RM19.90. bagi ika ok la harga tu. lebih kurang dengan harga kat luar. cleanser nie ada 3jenis iaitu Mint, Orange dan jugak No Flavour. yang ika beli for sure la Orange. hikss. meh ika share sikit ape kegunaannya.

Plants-based surfactant
Removes milk fats and stains of baby's accessories
Also ideal for cleaning fruits and vegetables to remove over 90% of pesticides.
Read More

Autumnz Milk Storage Ziplock Bags | Shopee

hari nie nak share dengan korang satu lagi barang baby ika yang ika beli secara online. kali nie ika beli Autumz Milk Storage Ziplock Bags. untuk ibu-ibu menyusu badan macam ika nie, milk storage nie sangatlah diperlukan. kalau sebelum nie ika ada beli yang jenis botol, sekarang ika beli yang jenis ziplock bags pulak. senang dan menjimatkan kos. kuikuikui.

ika beli milk storage ziplock bags nie di Shopee. korang boleh tengok kat sini, https://shopee.com.my/product/12121967/225905263/. ika beli dekat kedai BabySense. kalau korang nak tengok kedai nie, boleh klik sini, https://shopee.com.my/ooijack. ika beli milk storage nie dengan harga RM11.00 tak termasuk pos. milk storage nie 5oz per box. dalam satu box tu ada 25 milk storage ziplock bags.



haaa macam gambar kat atas nie la rupa milk storage yang ika beli. meh ika share sikit la ape yang best Autumz Milk Storage Ziplock Bags nie.

Features :
 FDA approved materials used, perfect for safe and extended freezer storage
 Medical grade sterilization to ensure safe feeding - European standard
 BPA Free
 Double walled to preserve nutrients effectively
 Thick laminate to prevent ink leeching
 DOUBLE zipper top to prevent leakage
 No-spill self-standing bottom
 Heat sealed sides to prevent splitting
 Easy to read designated area for date, name and time
 Pre-calibrated ounce/ml markings for accurate measuring
Read More

LadyBug Print Pop-up Laundry Bag | Lazada

nak share beli barang online lagik ! hahahaha. macam biasalah. ika suka shopping online di Lazada. kat sana banyak pilihan barang. kena pandai cari je. alkisahnya ika nak beli bakul baju kotor untuk baby ika nanti. try la cari bakul baju yang comel-comel kat Lazada tu. then, terjumpa la bakul baju yang comel sungguh nie haihhh :P


bila sampai, ika bukak bakul nie, terkejut sungguh sebab besaq ! hahahahaha ! untuk mak budak boleh la. tapi awat comel sangat taktahu. saiz bakul baju nie adalah 43cm x 43cm x 60cm. so, memang besar la. suami ika cakap takpe. pakai je sebab dah beli. takkan nak membazir pulak. ika beli bakul baju baby nie dengan harga RM19.00 . 


kat atas nie rupa asal dia. comel kan ? hahahahaha. kalau korang nak tengok kat Lazada, boleh klik sini, https://www.lazada.com.my/ladybug-print-pop-up-laundry-bag-9174293.html sementara stok masih ada. ada banyak design lain lagi. boleh la cuba tengok-tengok kat Lazada.
Read More

Perjanjian Penyewaan Rumah Untuk Kediaman

entry kali nie ika nak share dengan korang Perjanjian Penyewaan Rumah Untuk Kediaman. disebabkan ika pernah menyewa rumah yang ada perjanjian, makanya, ika berbesar hati untuk share pulak dengan korang. manalah tahu kan kot korang ada rumah untuk disewakan. ini antara langkah berjaga-jaga kalau penyewa korang buat perangai. hahahahaha !






kalau korang nak dokumen nie, boleh la emel pada ika di nooratikahramli@ymail.com. InshaAllah nanti ika akan sent dokumen nie kat korang. dokumen nie dalam word. so, korang boleh la edit yang mana korang takmau tu. tuan rumah ika dulu cakap dokumen nie valid sebab masa kitorang sign dokumen perjanjian nie, siap sekali dengan cap jari tuan rumah, penyewa dan saksi.

valid ke tak tu ika tak dapat pastikan la. cuma korang boleh la guna perjanjian nie untuk penyewa korang. sekarang kan macam-macam jenis penyewa ada. kalau dapat penyewa yang ok takpe la kan. dapat jenis yang ok, Alhamdulillah. kalau dapat jenis perangai yang Astaghfirullah, camne nak handle. hehehehe
Read More

Kerusi Tandas Hamil | Shopee

sebelum bersalin, ika ada beli kerusi tandas hamil untuk persediaan masa berpantang. memandangkan ika berpantang di rumah mak mertua ika dan kat sana tandas cangkung, makanya, ika belilah kerusi tandas hamil nie untuk standby. ika nie dah la penakut. hahahahaha !

ika beli kerusi nie di Shopee dengan bestshop99. korang kalau nak tengok, boleh ke https://shopee.com.my/bestshop99. ika beli kerusi nie dengan harga RM49 tidak termasuk pos. kalau korang nak tengok kerusi nie, boleh klik sini, https://shopee.com.my/product/9469717/61518517/.




ika beli kerusi nie masa dah dekat nak bersalin. Alhamdulillah nasib baik sempat sampai sebelum bersalin. hahahaha. ika beli kerusi nie pon sebab disyorkan oleh bff ika. lagipon rumah mak mertua ika jenis tandas lama, jadinya ika amik inisiatif untuk beli kerusi nie. ika nie pulak jenis penakut. aduuu. 

Read More

Lazz Susu Kambing Free Sample | Lazz Susu Kambing

baru-baru nie ika ada la mintak free sample susu kambing jenama Lazz. saje je isi. hahahaha ! ika suka susu kambing. sedapppp. hikss. so, kali nie ika mintak sample susu kambing Lazz pulak. banyak la jugak ika tengok iklan susu kambing Lazz nie. tambah pulak ada gambar budak perempuan comel tu. hahahaha

dah selamat sampai pon sample susu kambing nie. Lazz bagi dua paket kecil sample susu kambing. dua-dua tu perisa lain. 1 sachet susu kambing kurma dan 1 sachet susu kambing asli. boleh la ika try dua-dua nanti. ika biasanya minum yang kurma je. takut tak boleh nak telan yang asli. hehehehe




susu kambing nie sebenarnya sangat banyak khasiatnya. korang boleh tengok khasiatnya kat http://lazzsusukambing.com/kebaikan-susu-kambing/. kalau korang nak try jugak susu kambing Lazz nie, boleh la ke laman web diorang nie, http://lazzsusukambing.com/sampel-percuma/.
Read More

Officially Tupperware Brand's Member

dengan ini, ika secara rasminya ika dah jadi ahli Tupperware Brands. sebenarnya ika jadi ahli nie dari bulan Mei lagi. tapi baru sekarang nak update. sibukkk nauu. hahahahahaha ! tapi ok la sebab dapat update 1 hari 1 post. ewahh. sekurang-kurangnya blog masih aktif. yeayyy !

ok stop. meh sambung balik pasal Tupperware Brands nie. sebelum nie ika pernah update entry yang ika dapat cenderahati dari Tupperware sebab pertama kali jadi ahli. so, kali nie ika terima surat dari Tupperware. isinya katalog dan kad ahli. Alhamdulillah ^^




cantik pulak kad ahli Tupperware nie. warna pink ! shantekkkkk sangat. hahahaha. ika pon tak tahu la ika nie akan aktif ke tak dengan Tupperware nie sebab ika bukan jenis suka beli tupperware. wakakaka. tapi brand nie memang ika suka sebab tupperware dia tahan lasak. kuikuikui. tapi itulaaa. selalunya rembat yang kaklong punya. nampaknya ika kena beli sendiri la lepas nie :P
Read More

Cosmoderm | Shopee

tiap-tiap hari dok promote barang beli online. hahahaha ! nampak sangat kan kaki shopping online. disamping pemalas punya ika nak p beli kat kedai. hehehehe. dunia di hujung jari. nak barang, cari je online. ade duit, bayar. takdak duit, tunggu ade duit dulu :P

so, kali nie ika beli barang cosmoderm plak secara online. sebelum nie pernah je beli kat laman web diorang nie tapi kali nie ika beli kat Shopee pulak. saje nak try. wakakakaka. Alhamdulillah, barang dah pon selamat sampai. sebenarnya ika nak beli barang nie dekat Guardian je tapi memandangkan kat situ takdak yang Feminine Hygiene Wash, so, beli je lah online terus semua sekali. senang !


ika beli barang Cosmoderm nie di laman web Shopee. kat situ, ika beli dengan MediRetail. korang boleh tengok link yang nie kalau nak tengok kedai tu, https://shopee.com.my/shop/14062726/. kat MediRetail ika beli 3 barang Cosmoderm. barang nie memang ika pakai. ini kiranya topup la kan sebab dah habis. heeee


Cosmoderm Vitamin E Cream 3000IU 50ML (Exp: 2019 Sep)
RM25.10



Cosmoderm Manjakani Feminine Wash 400ml (Exp: 2019 Oct)
RM17.30



Cosmoderm Vit E Facial Cleansing Foam 125ml (Exp: 2019 Sep)
RM17.90

kalau korang dengan harga kat kedai, memang kat kedai lagi murah tapi untuk orang yang pemalas macam ika, harga nie dah ok. hehehe. sebab ika dah bandingkan harga nie dengan harga kat satu lagi laman web shopping. memang berbeza. maka, jadikah pengguna yang bijak :P
Read More

Kotex Liners Free Sample | Kotex

sejak dua menjak nie suka mintak free sample. hahahaha ! habis segala bagai yang boleh mintak free sample tu ika isi borang dia. kali nie nak share free sample dari Kotex pulak. kalau korang nak jugak, silalah ke link nie, https://www.kotex.com.my/get-a-sample.aspx .  meh la ika share gambar sikit apa yang kotex hantar kat ika nie.


ika dapat seketul kotak yang comel nie. masa sampai, kotak comel nie renyuk sikit sebab biasalah kan bila pos. so, ika dah betulkan sikit bagi cantik. tadaaaaa jadilah camtu. hahahaha! meh kita godek ape yang ade dalam kotak comel nie . . .




inilah antara barang yang kotex bagi kat ika. ika ada dapat kalendar tahun 2017 dan kat belakang tu tahun 2018. yang nie kalendar besar. boleh la tampal kat papan kenyataan dalam bilik ofis. siap ada gambar Amyra Rosli lagi. hiksss.

dan ika dapat sample Kotex Fresh Liners Longer and Wider Daun Sirih. ika memang pengguna Kotex sejak dari zaman sekolah lagi. setia sangat haihh dengan kotex nie sebab kotex nie selesa baq hang :P
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com