Memori 2016

entry kali nie ika nak throwback sikit perjalanan ika sepanjang tahun 2016. ada suka. ada duka. heeeee. so, ika akan throwback ikut bulan. ada bulan yang ika akan skip sebab takdak benda menarik untuk dikongsi.

FEBRUARI


since Januari ika takdak benda menarik untuk dikongsi, ika skip ke bulan Februari. bulan Februari tahun 2016 ada cuti sempena Tahun Baru Cina. so, family mertua ika decide untuk buat Majlis Sambut Menantu yang simple sahaja untuk ika dan biras ika. korang boleh baca entry tu kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2016/02/majlis-sambut-menantu-di-semanggol-perak.html. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan itu adalah kali pertama ika join kenduri belah Perak nie. banyak bezanya dengan belah Kelantan.


dan untuk bulan Februari jugak, ika dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKLW bagi tahun 2016. korang boleh baca entry tu kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2016/04/majlis-perkhidmatan-cemerlang-kklw.html. terima kasih JAKOA, terima kasih KKLW :)

MAC


Mac 2016, suami ika punya pak saudara selamat bernikah. sebenarnya pak saudara suami nie sama je umur dengan kami. kikikiki. tahun depan dah nak dapat baby dah. tahniah Pak Ngah dan Mak Ngah. entry kahwin diorang boleh baca kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2016/04/selamat-pengantin-baru-pak-ngah.html.

JULAI


bulan Julai. bulan kelahiran ika. pertama kali sambut birthday dengan suami. kikikiki. korang boleh baca entry kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2016/07/happy-26th-birthday-to-me.html, entry hadiah hari lahir dari suami, http://www.nooratikahramli.com/2016/07/hadiah-hari-lahir-dari-suami.html dan entry sambut birthday dengan anak saudara ika, Amani, http://www.nooratikahramli.com/2016/07/happy-birthday-amani-aunty.html.

OKTOBER


Oktober yang penuh dengan kenangan indah. heeee. ika disahkan mengandung. Alhamdulillah. penantian hampir setahun. syukur sangat-sangat. hadiah ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. korang boleh baca entry nie kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2016/11/pregnant-minggu-5-minggu-6.html. doakan dipermudahkan urusan sepanjang ika mengandung dan bersalin nanti. Inshaallah.

NOVEMBER


28 November 2016, genaplah setahun usia perkahwinan ika dan suami. baru setahun. masih banyak yang perlu diharungi. korang boleh baca entry anniversary kami kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2016/11/happy-1st-anniversary.html. happy anniversary, dear Husband :)

DISEMBER


buat pertama kalinya kakak ika datang ke rumah ika di Ipoh setelah ika dah berpindah dan berkahwin. sebelum nie diorang penah datang masa ika bujang dulu tapi kat rumah lama lah. so, ika bawak diorang main air kat Bukit Merah Laketown Resort. entry tu korang boleh baca kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2016/12/bercuti-bersama-keluarga-di-bukit-merah.html.

bulan Disember jugak adalah bulan kelahiran suami tersayang. entry kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2016/12/happy-birthday-husband.html. tahun nie ika bagi hadiah special kat suami. hadiah untuk hobi dia yang dia suka sangat tu :P

itu sahaja kenangan ika untuk tahun 2016 nie. sebenarnya ada banyak lagi tapi itu sahaja yang ika dapat kongsikan kat sini. ika harap tahun 2017 nanti lagi meriah entry kat blog ika nie. kikikiki. makin lama, makin berkurang entry kat blog :P
Read More

Tooth Brush Holder | Nile.com.my

barang terakhir yang ika beli di nile.com.my. kali nie ika beli Tooth Brush Holder. sebenarnya dah lama berkenan kat benda alah nie tapi asyik hold untuk beli. kat bawah nie ika share dengan korang semua saiz tooth brush holder nie. bagi ika besar la jugak. ika ingatkan kecik je. sekali bila dah sampai sangat puas hati dengan saiznya. yang nie design katak. kat nile.com.my, korang akan jumpe jugak design lain.


yang ika beli adalah warna hijau. macam biasa la warna pink dah habis. kahkahkah ! benda comel macam nie biasanya memang kebanyakan orang akan beli warna pink. kikiki. so, ika pilih warna hijau. ika beli satu sahaja sebab memang dah aim nak letak barang apa. so, satu pon dah memadai. kalau korang nak beli jugak, boleh tengok kat sini : http://www.nile.com.my/products/15511. ika beli dengan harga RM4.90 untuk satu nie.

kat bawah nie ika share dengan korang si katak comel nie bila ika dah tampal kat dalam bilik mandi kitorang. comellll sangat. geram je tengok. hahahahaha !




sangat berguna sekali si katak nie. so, takde la dok bersepah dah barang dalam bilik mandi nie. biasalah bila bilik mandi kecik, kena pandai jimatkan ruang dalam bilik mandi. salah satu cara jimatkan ruang adalah dengan tampal perkakas kat dinding. hahahaha !
Read More

Sticker Note | Nile.com.my

barang ketiga yang ika beli di nile.com.my. kali nie ika beli Sticker Note. seriously ika berkenan sangat kat benda nie. sangat berbaloi untuk dibeli bukan setakat comel. hahahaha. kalau korang tengok dalam gambar kat bawah nie, contoh penggunaan sticker note nie. tampal kat tepi pc korang. yang ada gambar kucing tu.



kat atas nie ukurannya. sebelum ika beli, memang ika ukur dulu pc ofis ika nie. pc yang ika pakai nie saiz 28cm. so, takde la lebih banyak sangat. nice. ika pon beli la satu. ika nie memang banyak benda nak kena tampal kat benda alah nie. so dengan ade nya sticker note nie boleh la ika tampal macam-macam nota. hiksss. ika beli stiker note dengan harga RM6.40. korang boleh tengok kat sini : http://www.nile.com.my/products/11817.

yang ika dapat nie gambar burung hantu. dia hantar secara random. so, tak tahu la gambar ape yang korang akan dapat tapi semua pon comel-comel. so, no worry hokey ?




inilah hasilnya. hahahaha ! sampai je terus ika tampal kat pc ofis ika. suka hati kau je ika kan? hahahaha. ika tampak sebab pc ofis ika nie ada plastik lagi. so, berani la tampal. sticker note nie ada pembaris tau. so, in case korang malas nak cari pembaris dalam laci, boleh la terus ukur kat sini. hahahaha ! tak sabar rasanya nak tampal nota-nota kat sticker note nie. weeee

Read More

Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi 2017

Read More

PENCARIAN BLOGLIST JANUARY 2017 by huhahuhajerr.com

Read More

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu

Read More

Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue

Read More

SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY

Read More

1st GA by BAJETciputseleraBESAR

Read More

Pregnant ! | Minggu 14


Minggu 14

Bayi Anda
Pada trimester kedua, organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi anda juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening. Bayi anda kini berukuran 9 sm dengan berat sebanyak 60 gm.


Tubuh Anda

Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya. Hasil daripada pertambahan kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda dan keluarga pergi bercuti sebelum melahirkan.


minggu ke 14 sudah kandungan ika nie. dah masuk trimester kedua. di minggu ke 14 nie, ika banyak keje luar. kejap kena ke Kuala Lumpur, kejap kena ke Gombak. sampai flat, terus ke klinik dan doktor bagi cuti untuk rehat. rumah pon dah macam tongkang pecah. selagi keje tak siap, selagi tu lah ika tak boleh nak bersenang lenang. Alhamdulillah ika berjaya siapkan keje sebelum masuk tahun baru 2017. dapatlah ika berehat sekejap.

minggu ke 14 nie ika banyak bergerak. kena meeting kat Gombak, pastu suami ajak balik kampung kat Semanggol sempena cuti krismas, habis cuti, sambung meeting kat Kuala Lumpur. walaupun Ipoh-Kuala Lumpur dalam 2 jam lebih tapi perjalanan tu buat ika penat. dulu takpe la aktif sakan bab berjalan nie. sekarang nie sikit pon rasa dah penat walaupun bukan ika yang drive.
Read More

Creative Cartoon Covered Plastic Mug | Nile.com.my

barang kedua yang ika nak review. barang dari nile.com.my lagi. ika ada 4 barang yang ika beli di nile.com.my. so, ini barang yang kedua. barangnya ialah Creative Cartoon Covered Plastic Mug. sememangnya ika tak boleh tengok benda-benda comel yang ada kat nile.com.my. rasa nak beli semua. kahkahkah ! sekali tengok, dah berkenan kat mug comel nie.


mug nie ada 4 warna untuk dipilih. tapi masa ika beli, warna pink memang dah takde dalam senarai untuk dipilih. yang ada hanya warna BLUE, GREEN dan PURPLE. korang boleh tengok barang nie kat sini : http://www.nile.com.my/products/22601. mug nie ika beli dengan harga RM5.10 sahaja. saiz dia sedang-sedang. tak besar sangat dan tak kecik sangat.




comel kan ? ika beli yang warna biru since warna pink dah takde. so terpaksa la pilih warna biru. mug nie pon sebenarnya ika letak kat ofis sebab buat ape nak bawak balik rumah. kat rumah dah banyak mug. ehhh. lagipon kat ofis, ika takde lagi mug. so, letak je lah kat ofis. kang nanti senang kalau nak minum air ke hape. banyak lagi barang-barang yang comel kat nile.com.my. boleh la korang cuba tengok.

Read More

Headset With Mic | Nile.com.my

nak review barang yang ika shopping secara online. kali nie ika shopping di nile.com.my. dah banyak kali sebenarnya ika shopping di nile.com.my nie. ika pernah beli INI, INI dan INI di nile.com.my nie. sebenarnya banyak lagi tapi itu je yang ika sempat review. kikikiki. kali nie ika nak review barang yang baru je ika beli iaitu Headset With Mic.


tadaaaa ! inilah barangnya. tapi bila ika check balik kat Nile, barang nie dah takde. hahahaha ! adakah ika orang terakhir yang membelinya ? lalalalala. ika beli nie dengan harga RM18.30 sahaja. sangat murah bagi ika dan Alhamdulillah barang sampai dengan selamat tanpa ada cacat cela. ika order hari nie, esok dah sampai. bagus betul Nile dan Pos Laju. hiksss

sampai je terus test. mestilah. barulah tahu barang nie elok ke tak. kalau tak elok, boleh la komplen. Alhamdulillah semuanya ok. terus pakai la lepas tu. memang ika beli untuk letak kat ofis. takmau ganggu orang lain. so, ika boleh dengar apa sahaja lagu yang ika nak dengan tenang gituuuu. ewahhh. nanti boleh la bagi baby dengar jugak. eh eh eh.


mama baby sedang cuba mengetest. wakakakaka. seronok la lepas nie masuk keje pakai benda nie. pastu mulalah orang panggil pon kau tak dengar hape pon ika. hahahahaha ! headset nie ada sekali dengan mic tapi mic tu ika tak try pon sebab tak tahu nak call sape pakai benda alah nie. lagipon ika tak rasa memerlukan lagi mic nie. so, abaikan je lah dia kat situ. doakan semoga benda alah nie bertahan lama dengan ika. hahaha ! :P

Read More

Baby Girl Diaper Cake | Aufa Raudhah Collection

ika nak review satu lagi online shop untuk korang. manalah tahu kot korang pon berkenan nanti. so, bulan November yang lepas, dua orang BFF ika dah pon selamat bersalin. dua-dua dapat baby girl. sorang bersalin di Kelantan dan sorang lagi di Johor. tahniahhhhh Basya dan Didie. tunggu turn ika pulak tauuu. hahahaha !

nama baby Basya ialah Hana Aisyah dan baby Didie pulak namanya Iman Medina. dua-dua pon comel dan shantekkk sangat nama. buat masa sekarang ika belum berkesempatan untuk jumpa dua-dua budak comel nie. bila dapat jumpa pon ika tak pasti. hehehe. ika just nak share dengan korang kat mana ika beli hadiah untuk dua-dua budak comel nie.

ika dengan bff ika sorang lagi, Aien decide untuk tempah je diaper cake di Aufa Raudhah Collection. korang boleh tengok kat Instagram diorang : https://www.instagram.com/aufaraudhahcollection dan facebook diorang : https://www.facebook.com/aufaraudhahcollection. ika dengan bff ika tempah dua Baby Girl Diaper Cake. satu untuk Hana dan satu untuk Iman.

credit gambar : Aufa Raudhah Collection

credit gambar : Aufa Raudhah Collection

kat atas nie gambar diaper cake yang ika tempah. kat dalam nie ada 8 pampers, 1 romper, 1 bib, 1 3D sock dan 1 cartoon cup. servis memang sangat memuaskan hati ika. yang penting bila dah siap, puas hati.

credit gambar : Aufa Raudhah Collection

credit gambar : Aufa Raudhah Collection

disebabkan ika dengan aien memang tak berkesempatan lagi untuk jumpa dua-dua budak comel tu, so, servis dari Aufa Raudhah Collection nie lah yang kitorang guna. diorang akan poskan hadiah kitorang nie dalam kotak macam dalam gambar kat atas nie. siap sekali dengan kad ucapan. heeeee. itu yang menarik.

kalau korang berminat untuk tempah, boleh la whatsapp ke 013-3026212. Diaper Cake nie ada yang custom made dan ada jugak readymade. diorang ada jugak buat delivery di seluruh Lembah Klang dan COD di sekitar Bukit Jalil. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. berminat ? :)

si rambut lebat, Iman :)

si suka senyum, Hana :)

dua-dua budak comel nie dah dapat hadiah masing-masing. Inshaallah ada rezeki nanti kita jumpa ye sayang. tunggu aunty tau. manalah tahu kot ada rezeki kita jumpa. boleh aunty peluk cium Iman dan Hana. heeeeee. aunty doakan Hana dan Iman membesar dengan sihat.
Read More

Morning Sickness !

kali nie ika nak share pengalaman mengandung ika sepanjang trimester pertama. kebanyakan ibu mengandung akan mengalami morning sickness malahan ada je yang takde alahan langsung. ika pulak takde morning sickness, ika ada night sickness ! hahahahaha. tapi serius ika cakap memang alahan ika pada waktu malam.

ika tak boleh makan lewat. ika tak boleh makan makanan yang berat-berat. bila makan je, ika akan batuk dengan penuh perasaan gituuuuuu dan batuk tu akan berulang dan berulang dan berulang sampailah ika muntahkan makanan tu semua. selagi makanan tu tak keluar balik, selagi tu ika akan batuk dengan penuh perasaan. hehehehe


ika pon taktahu ape ika rasa. bila dah batuk sepenuh perasaan tu, suami ika pon takut. kesian pon ada dia tengok ika nie tapi nak buat macam mana kan ? kalau tak makan, ika lapar. kalau ika makan, macam tu la jadinya. tapi kadang tu, ika makan je sebab dah tahu jap lagi mesti batuk sampai muntah-muntah. memang boleh dikatakan setiap hari jugaklah keadaan ika macam nie. pagi sampai petang memang ika elok je. batuk biasa je. bila masuk malam je, mulalah . . .

so, bila malam je, suami ika tak bagi ika makan nasi ke hape ke. ika just makan koko crunch dengan susu. pastu makan pelam. waaaaa sedapnyaaa. hahahahaha ! Alhamdulillah itupon dah mengenyangkan. taktahu la sejak bila suka makan pelam nie. pelam epal pulak tu. kikikiki. sebenarnya ika pon taktahu bila alahan ika nie akan berakhir walaupun bagi ika takde la teruk mana alahan ika nie berbanding sesetengah orang yang sampai bau ape pon tak boleh. doakan untuk ika semoga ika terus kuat.

Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com