Campur Campur Kitchen, D'Pulze Mall, Cyberjaya

nie entry bersambung dari Tune Hotel Cyberjaya D'Pulze Mall . disebabkan kami bermalam di Tune Hotel tu, kami decide untuk cari makan dalam D'Pulze Mall tu je . bukan jauh pon . jalan kaki saja . yang penting dalam bangunan yang sama . hahahaha !

kami punyalah pusing-pusing dalam D'Pulze Mall tu untuk cari kedai makan . disebabkan banyak sangat kedai makan dalam tu, so agak susah untuk buat pilihan . lastnya kami decide untuk makan di Campur Campur Kitchen . restoren nie menyediakan makanan ala Chinese, Indonesia dan Thailand .


Campur Campur Kitchen
Lot UG 18,
Upper Ground Floor,
D'Pulze Shopping Centre,
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya

meh la ika share sikit makanan yang kitorang cuba di Campur Campur Kitchen . makan berdua sahaja dengan bff ika, Laila . kami berdua pilih untuk makan yang hidangan set sebab dah malas nak fikir . hahahaha ! pastu kami tengok harga pon sangat ok ;)





sebelum makan, haruslah selfie . entah bila dapat singgah lagi sini . so, kenalah buat kenang-kenangan . seriously memang sedap dan ika rasa satu set nie banyak kot makanan dia . semuanya sedappp . aduuuu ! rasa nak pegi makan lagi kat sini . puas hati ! ^^
Read More

Tune Hotel - Cyberjaya D'Pulze Mall

awal bulan Oktober, ika ada exam di Putrajaya . so, sebelum hari exam tu, ika try la cari beberapa hotel sekitar Putrajaya tu . jumpa la beberapa buah hotel tapi lastnye ika amik hotel Tune Hotel - Cyberjaya D'Pulze Mall . ika dari dulu memang suka dengan Tune Hotel . masa mula-mula sampai Ipoh dlu pon, ika dok kat Tune Hotel . so, ika nak cuba la pulak Tune Hotel di Cyberjaya D'Pulze Mall .

Tune Hotel - Cyberjaya D'Pulze Mall
Block D, Cyberjaya CBD,
Persiaran Multimedia, Cyber 12,
63000 Cyberjaya,
Selangor

03-88009103

masa ika booking hotel nie, ika tak tahu pon hotel nie dekat mall ke hape sebab tak de baca pon perkataan mall tu . yang ika baca, Tune Hotel D'Pulze, Cyberjaya . so, masa tu fikir just nak pegi rehatkan diri dan amik exam . dan ika dah bayar siap-siap secara online . pegi just bawak diri dan beg . ehh

ika dengan bff ika, Laila . kami cari hotel nie pakai maps je lah . nasiblah tak sesat . Alhamdulillah jumpa jugak hotel nie . tapi macam biasalah bagi kami yang sama-sama blur nie . hahahaha ! sampai-sampai je, betul ke nie wei . nie macam shopping mall je . tapi dok fikir betul dah nie . pegi je . terus park, pastu jalan kaki lah kami terkedek-kedek p check in . nasib baik la park dekat je . park mall pulak tu .

meh la ika share sikit gambar bilik ika dapat tu . bilik nie tingkat 12 . view dari bilik nie memang lawa tapi lupa nak amik gambar . kikikiki . 








Alhamdulillah sangat selesa dok hotel nie . nak makan pon tak payah nak pegi makan jauh-jauh . keluar je dari lift kat ground floor tu, amik kiri terus masuk mall . senang kau ! hahahaha . tapi kena bertabah la makan kat situ . pilih la harga yang berpatutan dan halal yang penting . seriously memang banyak kedai makan dalam mall tu . korang boleh pilih nak makan kat mana . kami nie kejap nak makan kat situ, kejap nak makan kat sini . hahahahaha ! nanti ika share kedai makan tu pulak next entry hokey ? :P
Read More

Couple Package di Pulau Pangkor | Pangkor Njoy

hujung bulan September, ika dengan suami ke Pulau Pangkor . sebenarnya kami tak rancang ape pon . suami lepas balik keje tengahari sabtu, terus ajak pegi tido kat Pulau Pangkor . mula tu ika dok ingat suami ika nie main-main ke hape . ye la, masa tu dah tengahari . takkan la nak ke sana kot . sampai sana mestilah dah lewat . suami suruh kemas-kemas barang jugak . hahahaha ! ika pon apa  lagi seronok bukan main la :P

ika pon terus cari la hotel nak tido kat Pulau Pangkor tu nanti . sebelum sampai ke Lumut tu, ika punyalah survey survey survey dan lastnya ika jumpa iklan dari Pangkor Njoy kat group IPOH IPOH AJE . ade gunanye jugak group kt fb tu . heheheh . lepas tu ika whatsapp dan deal dengan Puan Nita . so, dapatlah pakej untuk penginapan, motor sewa, snorkeling dan island hoping . ika pon bincang dengan suami dan kami terus setuju je lah sebab malas nak fikir dah . lagipon dah petang .

Alhamdulillah, masa kami sampai kat Jeti Lumut tu, kami tak payah tunggu lama . beli je tiket, kebetulan masa tu dah ade feri tunggu . hahaha ! seronok kauuu . takde la kena tunggu lama kat situ .


masa kami sampai di Jeti Pulau Pangkor tu, dah ade yang tunggu kami kat sana, so, abg tu dari Pangkor Njoy punya team . dia bawak kami ke tempat motor sewa . dari jeti, kami naik motor sewa tu dan ikut abg tu untuk ke tempat penginapan kami di Pangkor Bay View Beach Resort . oh ye ! pakej yang ika amik nie harga rm240 . sebelum sampai Jeti Lumut, ika dah bayar deposit rm50 . bayar je online . kami sampai di Pulau Pangkor sebelum pukul 6 . so, dapatlah pusing-pusing pulau dengan motor sewa ;)


disebabkan kitorang sampai Pulau Pangkor pon dah petang, so memang tak sempatlah nak buat aktiviti ape selain daripada ronda-ronda pulau . belah malam pulak, ika dengan suami just lepak dan makan-makan je kat Teluk Nipah tu . korang takyah risau bab makan sebab banyak stall bukak kat situ belah malam . ika paling suka char kuey tiew kerang . perghhh sedap hoii . padahal ptg tu dah belasah nasi goreng pattaya . hahahaha !

hari esoknya, pagi-pagi lagi kami dah p cari makan . sebab lepas tu kami nak kena p snorkeling . perut mesti diisi terlebih dahulu . ewahhh . lepas tu dalam pukul 9pg, ade la datang sorang wakil utk bawak kami snorkeling dan island hoping . bukan jauh pon . dekat ja haih . jalan kaki ja . jangan malas sangat hokey ? :P


 


kalau ikutkan nie kali kedua ika snorkeling . snorkeling la sangat . hahahahaha ! seriously memang ika penakut . masuk dalam air camtu je lah . kalau suruh berenang, memang tak pandai . penakut . semua pon ada . ini pon suami ika yang tolong tolak ika ke tepi . wakakakaka . bini dia dah nak lemas . lama jugak la kami lepak kat tempat snorkeling nie . suami ika la paling seronok p dok berenang sakan . bini dia nie dok tepi je layan perasaan . hahahahah !

kami balik dari snorkeling terus siap-siap untuk checkout . tengahari tu kami dah gerak balik Ipoh . balik pon smooth je . sampai je jeti, terus ada feri . takyah tunggu lama . hikss . sepanjang tak sampai 24jam dok Pulau Pangkor, ika rasa best sebab dapatlah jugak bercuti dengan suami yang mana masing-masing sibuk . pastu urusan dengan team Pangkor Njoy sangatlah mudah . terima kasih Puan Nita . kalau korang berminat untuk guna khidmat Pangkor Njoy nie, boleh la tengok fb diorang di https://www.facebook.com/profile.php?id=100010344195390&hc_ref=SEARCH&fref=nf ataupun hubungi Puan Nita di 012-5572945 atau boleh tengok laman web diorang di www.pangkornjoy.com ^^

happy holidayyyy korang ! ;)
Read More

Magnum, IOI City Mall

ini cerita dah lama . baru nak update . sibuk sikit semenjak dua menjak nie . kikiki . nie curi masa jap update blog . baru-baru nie ika ngikut ex officemate ika masa ika ada kelas kat Putrajaya . so, rehat tu, kami ngekor je lah dia . hahahaha ! dia bawak la kami p jalan-jalan kat IOI City Mall . lepas dah habis diorang shopping *ika tak shopping pon*, dia bawak la kami p makan aiskrim yang menjadi pujaan ramai iaitu Magnum . 

selama nie ika dok tengok je kawan-kawan update diorang p makan aiskrim nie . hahahaha . kalau ajak suami pon, belum tentu lagi dia nak bawak ika p makan aiskrim nie . akhirnya, ada jugak rezeki untuk makan aiskrim nie :P


bila dah first time p makan aiskrim nie kat kedai dia sendiri, mulalah tahap keterujaan tu jadi melebih-lebih . kikiki . habis la ika p tanya abang tu itu apa, ini apa . hahahahaha ! nasib la abang tu layan je lah perangai nie . bila ika cakap nak amik gambar pon, dia layan je :P




teruja tengok dia hias-hias aiskrim tu . kikiki . biasa dok makan aiskrim magnum yang biasa je . takde la segala bagai topping tu . nie siap boleh pilih nak letak topping ape .


aiskrim Laila :P

aiskrim Kak Najibah :D

yang nie mestilah ika punya ^^


the three of us . lepas habis makan, kami balik ke kelas . pelajar cemerlang memang camni . wakakakaka ! terima kasih Kak Najibah belanja kami makan aiskrim nie . terima kasih jugak bawak kami jalan-jalan . nasib baik tak sesat . heeee . terima kasih layan perangai kami . Inshaallah ada masa kita jumpa lagi ;)


last but not least mestilah gambar si pukpuk nie . makin lama makin debab kau nie pukpuk . bila entah nak kurus . dah bape kali niat dah nak kurus . hahahahaha ! takpe la kan pukpuk, janji kau bahagia . ewahh :P
Read More

Resipi Sup Ayam

wuhuuuu . hari nie nak share resipi sup ayam pulak . resipi yang sangat mudah dan simple dan sedap dimakan begitu saje . ewahhhh . kebetulan bahan semua ada kecuali daun sup dan daun bawang . so, hentam sajelah ye . hikss


Bahan-Bahan

  • Ayam
  • 2 biji kentang (dibelah 4)
  • 1/2 batang lobak merah (dipotong kecil)
  • Air
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • Sup Bunjut


Cara-Cara

  • Bersihkan isi ayam dan toskan .
  • Panaskan minyak .
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia .
  • Masukkan ayam dan kacau rata .
  • Masukkan sup bunjut, kentang, lobak merah, air dan garam secukupnya .
  • Masak sehingga kentang dan lobak merah lembut .
  • Sedia dihidangkan .

credit resipi : Chef Hanieliza ^^

yang nie ika ade ubah sikit sebab ika pakai sup bunjut . hahahaha ! senang . kalau ikut resipi Chef Hanieliza, dia pakai kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga untuk rempah tumis tapi ika malas, ika pakai je sup bunjut terus . hehehe . ika ade jugak masukkan kiub pati ayam . ika memang suka masukkan kiub tu . try la korang . lalalala
Read More

Resipi Ayam Padprik

ini entah resipi ke berape pon ika tak tahu dah . asyik dok update resipi je . tapi nie bukan blog masak-masak tau . nie tetap personal blog . cuma update benda yang ika buat . kenangan . nanti boleh la ika buat rujukan lepas nie kalau nak masak lagi .


Bahan-Bahan

  • Isi ayam
  • 1/2 batang lobak merah
  • kubi bunga
  • 1 labu bawang besar
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Air perahan limau kasturi
  • 5 biji cili api (diketuk)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1/2 cawan air
  • Minyak masak


Cara-Cara

  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar, cili api dan serai sehingga wangi .
  • Masukkan isi ayam dan kacau rata .
  • Masukkan lobak merah, kicap pekat, sos tomato, sos cili dan sos tiram .
  • Biarkan mendidih .
  • Masukkan air dan kubis bunga .
  • Apabila mendidih, masukkan air perahan limau kasturi .
  • Sedia dihidangkan . 


credit resipi : Chef Hanieliza ^^

yang nie ika ade kurangkan sos tomato dan sos tiram sebab suami ika tak suka masam sangat . so, korang buatlah ika selera korang . yang nie pon senang je nak buat . bahan dia pon bahan basic yang memang sentiasa ade kat rumah . tapi dalam resipi Chef, dia masukkan daun limau purut . ika tak masukkan sebab masa tu takdak daun tu . hehehehe . 
Read More

Resipi Singgang Ikan

hari nie nak share resipi paling senang untuk korang . makanan kesukaan ika pada masa kecik . bila mama masak nie, perghh seronoknya bukan main lagi . kami masa kecik-kecik dulu suka makan dengan buh kicap sikit kat nasik . pastu makan panas-panas . suka letak kuah banyak-banyak . hahahaha ! melelh air liur ohoiii . meh la ika share resipi singgang ikan .


Bahan-Bahan

  • 3 ketul ikan (tak kisah la ikan ape yang korang suka :P)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 inci lengkuas (dihiris nipis)
  • 1 inci kunyit hidup (dihiris nipis)
  • 5 keping asam gelugur
  • 4 cawan air
  • Garam
  • 7 biji cili api


Cara-Cara

  • Ikan dipotong dua dan dibersihkan .
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk .
  • Masak sehingga mendidih .
  • Sedia dihidangkan .


senang kan ? senang dan sedap . femes kat belah-belah pantai timur kalau tak silap ika . masa kecik mama selalu buat . bila dah besar, buat je lah sendiri . senang saja . bagi ika semua orang pandai masak cuma nak atau tak sahaja . yang tak pandai masak, belajar la masak yang simple-simple dulu macam ika . ika banyak belajar masak pakai buku resipi Chef Hanieliza . senang ;)

credit resipi : Chef Hanieliza ^^
Read More

Thai Tom Yam, Ayer8, Putrajaya

baru-baru nie  ika berkesempatan untuk berkunjung ke Putrajaya . pegi pon sebab ade kelas bimbingan . hehehehe . so, ika dengan bff ika decide untuk tido kat Dengkil . malam tu kami pegila pusing-pusing cari makan kat Putrajaya . last-last kami sesat . hahahahaha ! then, ika call kak +Yanty Lee tanye kat mana kedai makan yang best . so, kakty suruh pegi ke Ayer8 . heeee . tenkiuuuu kakty ^^

ika dengan bff ika tu pon terus la pakai maps cari kat mane Ayer8 tu . dan Alhamdulillah jumpa jugak . pusing-pusing cari kedai mana yang kami nak cuba . last kami decide untuk try makan kat Thai Tom Yam . 

jus epal asamboi & jus epal

kuey tiew tomyam

nasi goreng seafood

so, here we go makanan yang kami order . ika punya jus epal asamboi dan jugak kuey tiew tomyam . seriously memang sedap bagi ika la tapi pedas . hahaha ! ika nie memang tak bape nak tahan makanan pedas tapi sebab lapar punya pasal, memang habis la ika makan kuey tiew tomyam tu . hehehe

so, untuk korang yang nak cari makan sekitar Putrajaya tu, boleh la korang cari dalam maps, Ayer8 . kat situ ade banyak pilihan kedai makan . selain tu ade jugak kedai-kedai barangan lain . yang ika suka ialah suasana kat Ayer8 tu . besttt je bila ika pegi malam tu . siap boleh jalan-jalan kat tepi tasik tu . syok woooo . . heee :P
Read More

Resipi Pizza Homemade

resipi lagi . hari nie ika nak share resipi pizza . yang nie ika try buat sendiri . hahahaha ! sebab malam tu punyalah lapar tapi takmau makan nasik . kebetulan ada roti kat rumah tu tak terusik . so, apa lagi, buatlah pizza sendiri . jimattt walaupon tak berape nampak macam pizza . heeeee




Bahan-Bahan

  • Roti
  • Sosej
  • Cheese
  • Serbuk lada hitam
  • 2 biji telur
  • Cili merah


Cara-Cara

  • Rebus sosej .
  • Sementara tunggu sosej masak, lenyekkan beberapa keping roti dalam loyang .
  • Kemudian, letakkan beberapa keping cheese ke atas roti .
  • Potong sosej yang telah direbus tadi dan susun atas kepingan cheese .
  • Letakkan beberapa keping lagi cheese ke atas sosej .
  • Pecahkan telur ke atas sosej .
  • Taburkan cili merah dan lada hitam .
  • Bakar pada suhu 220C selama 15-20 minit .

cuba la korang . ika nie pon main hentam je lah malam tu . tapi Alhamdulillah berjaya jugaklah buat . kenyang pon malam tu . ika suka serbuk lada hitam . so, memang banyak la ika tabur . 
Read More

3 Tier Stainless Steel Thermal Insulation Lunch Box/Tiffin Carrier | Lazada

ika ade la beli satu barang kat lazada . dua barang sebenarnya . yang satu lagi tu nak bagi hadiah untuk anak saudara baru . yang nie untuk kami suami isteri . ika beli mangkuk tingkat . memandangkan suami ika dah balik dok Ipoh, so dia nak ika masakkan dia bekal untuk bawak pegi keje . ika pon belikan lah mangkuk tingkat nie haa untuk suami dan jugak ika . ehhh . ika pon ade jugak . hahahaha !


ika beli dua . oren untuk ika . hijau untuk suami . satu nie harga dia RM25.90 . beli dua RM51.80 . pastu ika guna baucer less 30%, so dapatlah harga RM36.26 tambah RM1.70 untuk shipping . total RM37.96 . tak sampai pon RM50 . hahahaha ! berbelanjalah dengan bijak ye kawankawan semua ;P






mangkuk tingkat nie tak besar mana pon ye . kecik je . sesuai la bawak pegi ofis dan sangat ringan . sedap je bila bawak . kikiki . mangkuk tingkat nie stainless steel, kuat dan Inshaallah kukuh jugak . senang nak basuh . dan ade pemegang kat atas tu . tak lupa jugak ade ruang udara yang korang boleh bukak . 

akhir sekali, jangan malu, jangan segan bawak mangkuk tingkat p ofis . ewahhh . .


Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com